Berita Harian

Beramal bersama Maybank Islamic World Mastercard® Ikhwan Card-i

Maybank Islamic sumbang 0.2 peratus daripada setiap transaksi

- Oleh Haryani Ngah

Beramal sambil berbelanja apabila Maybank Islamic Berhad memperkena­lkan kad patuh syariah berprestij, Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan Card-i yang memberi peluang kepada ahli menyumbang balik kepada masyarakat.

Menerusi elemen amal, setiap pembelian dilakukan di luar negara, Maybank Islamic akan menyumbang 0.2 peratus daripada transaksi dibuat.

Terhad sebanyak RM100 sebulan di mana jumlah dikumpul akan diagihkan dalam kalangan masyarakat kurang berkemampu­an melalui saluran wakaf.

Kempen empat bulan

Sempena pelancaran­nya, kempen selama empat bulan diadakan yang memberi peluang kepada ahli kad memenangi pakej umrah premium untuk dua orang bernilai RM30,000 setiap pemenang.

Sepanjang tempoh kempen, ahli kad yang berbelanja sekurang-kurangnya RM100 layak untuk menyertai satu penyertaan, manakala mereka yang berbelanja melebihi RM5,000, berpeluang dua kali ganda penyertaan.

Selain itu, ahli kad akan menerima ganjaran tambahan untuk golf, makan dan melancong serta ganjaran lain bagi melengkapk­an keperluan gaya hidup mereka.

Bagi penggemar sukan golf, boleh menikmati hobi kegemaran mereka tanpa membayar yuran penyertaan di 86 kelab golf bertaraf dunia di 18 negara.

Untuk yang gemar menikmati hidangan gastronomi, boleh menikmati penjimatan sebanyak 50 peratus apabila menjamu selera di SPG Hotels & Resorts yang mengambil bahagian di Malaysia.

Ahli kad yang suka melancong akan mendapat lima kali akses setahun di Plaza Premium Lounge di lapangan terbang di Malaysia dan luar negara.

Tawar pengecuali­an yuran untuk tahun pertama

Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan Card-i juga menawarkan pengecuali­an yuran tahunan untuk tahun pertama dan tahun berikutnya dengan perbelanja­an minimum sebanyak RM50,000.

Kad ini juga memberikan lima Treatspoin­ts untuk setiap RM2 yang dibelanjak­an di dalam negara dan lima Treatspoin­ts untuk setiap RM1 dibelanjak­an di luar negara.

Ahli kad mempunyai kebebasan untuk menukar mata ganjaran mereka kepada mana-mana program ganjaran penerbanga­n seperti Enrich, Krisflyer atau Asia Miles.

Sebanyak 10,000 Treatspoin­ts akan diberikan kepada setiap Ahli Kad yang menggunaka­n kad buat kali pertama tanpa mengira jumlah perbelanja­an.

Bagi yang belum menjadi ahli, boleh mohon sekarang di maybank2u.com.my.

 ??  ?? pakej umrah premium untuk dua orang bernilai RM30,000 setiap pemenang.
pakej umrah premium untuk dua orang bernilai RM30,000 setiap pemenang.
 ??  ?? Pemegang kad juga berpeluang berbelanja dan memenangi
Pemegang kad juga berpeluang berbelanja dan memenangi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia