Berita Harian

400 pilihan juadah berbuka puasa

Sunway Resort Hotel & Spa imbau nostalgia kampung halaman

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Dengan 400 pilihan juadah, pastinya sambutan Ramadan cukup bermakna apabila berbuka puasa di Sunway Resort Hotel & Spa. Bertemakan rasa asli, pastinya mengimbau nostalgia di kampung halaman.

Pelbagai pilihan juadah istimewa gabungan selera kampung ini disediakan dengan konsep ala gerai dan bufet di bahagian dalam dan luar The Resort Cafe.

Sous Chef Tournant The Resort Cafe, Mohamad Yatim mengetuai 40 cef lagi, akan menghidang­kan sembilan menu utama kepada pelanggan sepanjang Ramadan.

Sembilan menu utama

Bermula dengan sembilan menu utama disulami dengan pelbagai jenis hidangan buka puasa yang ditambah setiap hari, pastinya pelanggan dapat menikmati kepelbagai­an juadah bagi memenuhi selera masing-masing.

Buat pelanggan yang gemarkan makanan berat seperti nasi, sebanyak 15 jenis masakan disediakan termasuk nasi bukhari, nasi hujan panas, nasi beriani gam, nasi tomato, beriani buluh, nasi mandi, maqluba dan kabsa.

Bagi pelanggan yang meminati hidangan seperti mi, sup, makanan laut daging bakar bolehlah ke stesen mi yang menyediaka­n juadah seperti mi bandung Sumatera, mi rojak, laksa Johor, mi udang, manakala stesen sup pula menyajikan sup gear box, soto ayam, tom yam, sup campur dan sup lentil.

Manakala di stesen bakar menyediaka­n sajian kambing, daging dan ayam bakar serta pelbagai makanan laut.

Stesen lain yang turut disediakan ialah ulam-ulaman, pencuci mulut seperti kek dan pengat durian, manakala stesen goreng menyediaka­n pelbagai jenis keropok.

Stesen kawah yang menyajikan menu seperti gulai tulang rawan, gulai ketam dengan nanas, gulai ayam lengkuas, gulai ayam pedas dan gulai ikan merah.

 ??  ?? Pelanggan dapat menikmati pelbagai juadah berbuka puasa di Sunway Resort Hotel & Spa.
Pelanggan dapat menikmati pelbagai juadah berbuka puasa di Sunway Resort Hotel & Spa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia