Berita Harian

Rakyat Malaysia ketiga lulusan USAFA

Kemiskinan hidup kekuatan Mohd Amirul Afiq sertai akademi tentera terkemuka dunia

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

Kesempitan hidup keluarga tidak menghalang Mohd Amirul Afiq Ameruddin, untuk mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia ketiga yang berjaya bergelar graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (USAFA).

Mohd Amirul Afiq, 24, yang mula menyertai USAFA pada 2014, berjaya menamatkan pengajiann­ya di akademi tentera terkemuka dunia itu pada 22 Mei lalu.

Berkongsi kegembiraa­n di laman Twitter semalam, anak kelahiran Negeri Sembilan itu menzahirka­n ucapan terima kasih kepada ibu yang menjadi pendorong kejayaanny­a.

“Terima kasih kerana selalu ada di sisi. Saya sayang mama. Harap saya buat mama bangga. Semuanya untuk mama,” katanya.

Harap wang pencen datuk

Mohd Amirul Afiq turut berkongsi pengalaman membesar dalam serba kekurangan dan bergantung kepada wang pencen datuknya seorang anggota tentera.

Katanya, ibunya bekerja di restoran dan hotel di ibu negara hanya mampu pulang ke Negeri Sembilan sekali setiap bulan.

“Keluarga saya okaylah. Dapat bantuan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan baju sekolah. Jadi pergi sekolah atuk bagi 70 sen sahaja atas meja.

“Sebelum ini dalam kalangan anak cucu atuk, dapat 1A UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) pun sangatlah bangga, tapi Alhamdulil­lah saya berjaya pecah rekod keluarga walaupun latar belakang keluarga miskin dan biasa untuk dapat 5A UPSR.

“Cucu atuk pertama masuk asrama penuh selepas itu di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor,” katanya.

Mohd Amirul Afiq berkata, walaupun berdepan kesukaran menyesuaik­an diri dengan suasana baharu di sekolah itu, beliau tidak menjadikan­nya sebagai halangan berjaya dalam pelajaran.

Bermula dengan kedudukan ketujuh terbaik ketika Tingkatan Dua, katanya, beliau kemudian berjaya mendapat A bagi semua mata pelajaran untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selain kedudukan 20 terbaik untuk Ujian Bahasa Perancis Diplome d’etudes en langue francaise (DELF A1).

Mohd Amirul Afiq kemudian melanjutka­n pengajiann­ya ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), sebelum berjaya melepasi saringan ketat untuk ditawarkan menyertai USAFA bermula Jun 2014.

 ?? [FOTO IHSAN TWITTER MOHD AMIRUL AFIQ] ?? Mohd Amirul Afiq mengibar Jalur Gemilang dengan penuh bangga pada hari graduasi USAFA di Colorado, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
[FOTO IHSAN TWITTER MOHD AMIRUL AFIQ] Mohd Amirul Afiq mengibar Jalur Gemilang dengan penuh bangga pada hari graduasi USAFA di Colorado, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia