Berita Harian

300 ahli MCA tak puas hati keluar parti sertai PKR

-

Melaka: Seramai 300 ahli MCA Cawangan Sungai Udang, di sini, mengumumka­n keluar parti dan menyertai PKR, semalam.

Tindakan berkenaan dibuat susulan kekecewaan mereka terhadap kepemimpin­an Barisan Nasional (BN) negeri yang dianggap gagal menyelesai­kan masalah dihadapi masyarakat pada peringkat akar umbi.

Penyerahan borang keahlian PKR itu diwakili bekas Ketua Pemuda MCA cawangan terbabit, Ee Kian Nam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang yang juga Ketua Cabang PKR Parlimen Tangga Batu, Gue Teck.

Gagal selesai banyak masalah

Kian Nam berkata, daripada jumlah terbabit, 170 penduduk adalah dari Kampung Sungai Udang, manakala selebihnya ahli parti dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang.

“Kami mengambil keputusan ini kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpin­an MCA yang gagal menyelesai­kan banyak masalah penduduk kampung baharu, terutama berkaitan isu pajakan tanah,” katanya.

Tak puas hati keputusan bekas MB

Mereka juga dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang hanya meluluskan pajakan tanah selama 30 tahun, berbanding pemimpin negeri terdahulu, iaitu 99 tahun.

Sehubungan itu, Kian Nam berharap kerajaan dapat membantu mereka menyelesai­kan isu berkenaan dengan segera.

“Beberapa lagi isu kebajikan perlu diberi perhatian dan saya yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu membantu kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia