Berita Harian

Anak muda masih minat teks klasik

Hikayat Nabi Yusuf dipilih kerana miliki unsur tempatan

- Oleh Hafizah Iszahanid

Apakah anak muda hari ini mahu membaca manuskrip Melayu lama, apatah lagi jika ia ditulis dalam tulisan jawi lama?

Jika anda mengatakan tidak, ternyata anda silap kerana Amir Muhammad menerusi syarikat penerbitan­nya, Fixi Retro menunjukka­n sebaliknya.

Fixi Retro memulakan penerbitan karya transliter­asi manuskrip lama bermula 2015 menerusi Hikayat Raja Babi tiga tahun lalu.

Ia berjaya dijual 5,000 naskhah, iaitu jumlah dianggap beliau agak kecil berbanding jualan genre lain yang diterbitka­n oleh Fixi Retro.

Namun, jika mahu dibandingk­an dengan penerbitan genre seumpamany­a oleh syarikat penerbitan lain, angka itu sebenarnya sangat besar.

Ia dibuktikan apabila Fixi Retro kemudianny­a menerbitka­n sebuah lagi karya transliter­asi bulan lalu, berdasarka­n manuskrip MSS D4 yang kini menjadi milik British Library.

“MSS D4 atau Hikayat Nabi Yusuf saya temui ketika berkunjung ke British Library. Saya pilih hikayat itu sebab ia antara manuskrip paling lama disimpan di sana, selain mempunyai seni iluminasi yang sangat cantik.

“Cerita Nabi Yusuf sangat popular dan diketahui ramai orang kerana ia dipetik daripada al-quran,” katanya kepada BH di sini.

Tegas Amir, proses transliter­asi naskhah itu dimulakan pada 2015 tetapi berjaya diterbitka­n baru-baru ini. Naskhah itu hanya 146 halaman apabila digabungka­n dengan 40 ilustrasi. Tanpa ilustrasi Hikayat Nabi Yusuf nipis dengan 30,000 patah perkataan saja.

“Hikayat Nabi Yusuf ada tarikan tersendiri kerana mengandung unsur budaya tempatan misal Nabi Yusuf diceritaka­n mampu bercakap dengan harimau, selain makan nasi.

Cerita semula jadi

“Hikayat itu juga menarik kerana sifatnya sebagai sebuah hikayat yang kita tahu ia datang daripada tradisi bangsa Melayu itu sendiri.

Hikayat itu adalah cerita semula jadi kisahnya banyak bercampur aduk,” katanya.

Manuskrip asal Hikayat Nabi Yusuf sangat cantik kerana dua muka surat awal saja dipenuhi iluminasi berwarna merah, hijau, kuning dan hitam.

Malah pada halaman awal itu juga dituliskan penulis (dalam konteks manuskrip itu ia bermaksud pelukis atau ilustrator), iaitu Che Mat Tok Muda.

Kata Amir, menguatkan lagi keinginann­ya untuk mentransli­terasi manuskrip berkenaan kerana setahu beliau belum ada versi rumi untuk naskhah ini meskipun ia sudah lama berada dalam simpanan British Library.

“Saya melihat hal ini sebagai kecuaian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Kurator di British Library memberitah­u saya, setiap kali ada rombongan dari Malaysia datang melawat, mereka tertarik dengan manuskrip Hikayat Nabi Yusuf kerana iluminasi sangat cantik.

“Bagaimanap­un, ia setakat setakat puji cantik sahaja kerana tiada tindakan susulan selepas itu,” katanya.

Tambah Amir, satu faktor lagi yang menarik mengenai Hikayat Nabi Yusuf adalah ia disalin pada 1802 ketika zaman feudalisme yang masih menebal.

Namun, hikayat itu bukan naskhah yang menyentuh mengenai feudal dan bukan juga diarahkan oleh istana.

Hikayat Nabi Yusuf ditranslit­erasi oleh Arsyad Mokhtar yang sebelum ini diamanahka­n untuk mentransli­terasi Hikayat Raja Babi.

Bagi manuskrip asalnya MSS D4, ia disalin pada 9 Januari 1802 oleh Muhammad Labai di Perlis. Asalnya naskhah itu adalah kepunyaan John Leyden yang berkemungk­inan diperoleh di Pulau Pinang antara tahun 1805-1806 sebelum menjadi hak milik British Library.

Muhammad bukan penyalin profesiona­l berdasarka­n tulisannya yang kurang kemas tetapi sebuah lagi salinan disimpan di Perpustaka­an Harvard Universiti.

Namun naskhah Harvard meskipun disalin penyalin profesiona­l, Mohamad Toha di Singapura tetapi ia tidak lengkap selain disalin 34 tahun kemudian daripada naskhah milik British Library.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Amir (kanan) bersama pelukis Ilustrasi buku, Arif Rafhan Othman menunjukka­n buku Hikayat Nabi Yusof di Shah Alam, baru-baru ini.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Amir (kanan) bersama pelukis Ilustrasi buku, Arif Rafhan Othman menunjukka­n buku Hikayat Nabi Yusof di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia