Berita Harian

Ubah persepsi mengenai kerjaya bidang pertanian

-

Serdang:

Persepsi bahawa bidang pertanian tidak glamor perlu diubah sesetengah masyarakat dan pendedahan yang tepat perlu diberikan kepada murid sekolah.

Pegawai Pertanian Pusat Transforma­si Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM), Puan Mahani Amat @ Halimi, berkata alasan bosan atau pilihan kerjaya terakhir untuk menampung kehidupan adalah tidak tepat tanpa mereka mengetahui peluang pekerjaan luas dalam bidang itu.

Sumber utama dunia

Katanya, pertanian makanan menjadi antara sumber utama dunia dan aktiviti import serta eksport berlaku sepanjang masa.

“Bagi menarik minat murid terhadap pertanian, pelbagai usaha dilakukan, termasuk mengadakan lawatan sambil belajar ke universiti awam (UA), institusi pertanian dan agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

“Contohnya, antara program dilaksanak­an di UCTC UPM adalah Jom! Cilik Pertanian yang memberi panduan kepada peserta mengenai kemahiran pertanian menggunaka­n bahan kitar semula,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Puan Mahani berkata, penggunaan teknologi pintar atau gajet tidak boleh dipisahkan dengan generasi muda seolah-olah ia sudah sebati dengan diri mereka.

Aplikasi pertanian

Bagaimanap­un, katanya, ia boleh diaplikasi secara berfaedah seper- ti menggunaka­n enjin carian di internet bagi mendapatka­n maklumat terkini mengenai pertanian.

“Terdapat juga pelbagai aplikasi mengenai panduan pertanian cuma persoalann­ya sama ada kita mahu menggunaka­nnya atau sebaliknya.

“Seseorang itu mungkin akan terus menganggap sektor pertanian sebagai kerjaya ‘miskin’, sedangkan hakikatnya ia memberi pulangan berlipat ganda jika diusahakan dengan betul,” katanya.

 ??  ?? Puan Mahani Amat @ Halimi
Puan Mahani Amat @ Halimi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia