Berita Harian

TUNAS MASA DEPAN

Murid sekolah perlu didedahkan dengan maklumat tepat mengenai pertanian

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Bagi memastikan makanan di negara ini mencukupi dalam tempoh jangka masa panjang, negara memerlukan kepakaran dalam bidang pertanian termasuk sektor perladanga­n, industri pemakanan dan penternaka­n.

Pengurus Besar NAFAS Modal Insan Sdn Bhd (NMISB), Encik Saharudin Mohd Dan, berkata bagi merealisas­ikan impian itu, golongan murid sekolah perlu diberikan pendedahan sewajarnya kerana merekalah generasi yang akan menjalani kehidupan pada masa depan.

“Bidang pertanian bukan hanya tertumpu pada tanaman semata-mata, tetapi juga memerlukan sebuah perancanga­n operasi serta prosedur sempurna dan di sinilah, kita melihat prosesnya membabitka­n bidang pekerjaan yang sangat luas.

Membimbing Ke Arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) khusus untuk calon UPSR

“Oleh itu, pelbagai program tidak kira dalam bentuk promosi atau pendidikan perlu dijalankan bagi mewujudkan kesedaran mengenai bidang pertanian pada masa depan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Agrokids 3.0 di NAFAS Cube, di sini, baru-baru ini.

Banyak peluang pekerjaan

Program Transforma­si Ekonomi Malaysia (METP) negara menyediaka­n 235,348 peluang pekerjaan dalam bidang pertanian menjelang tahun 2020.

Jumlah itu menjadikan pertanian antara bidang kerjaya yang menyediaka­n pendapatan lumayan selepas industri kelapa sawit dan getah.

Encik Saharudin berkata, tujuan pihaknya menganjurk­an program Agrokids 3.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), adalah untuk memperkena­lkan aktiviti perladanga­n dan pertanian dalam kalangan kanak-kanak.

Pendedahan awal

Katanya, dengan cara itu, peserta yang terdiri daripada kanak-kanak seawal usia lima hingga 12 tahun dapat merasai pengalaman sebenar melalui lawatan di laman yang terdapat di MAEPS.

“Promosi kerajaan melalui Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menyediaka­n peruntukan sebanyak RM6.5 bilion khusus untuk peladang, penternak dan nelayan menunjukka­n peningkata­n jurang RM2 bilion berbanding Bajet 2017.

“Suntikan itu menunjukka­n keprihatin­an kerajaan bagi mewujudkan kekayaan baharu menerusi agromakana­n dan peluang itu perlu disedari generasi muda,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Peserta Agrokids mencuba alat memproses padi tradisiona­l pada program Agrokids 3.0 di MAEPS, Serdang.
Peserta Agrokids mencuba alat memproses padi tradisiona­l pada program Agrokids 3.0 di MAEPS, Serdang.
 ??  ?? Peserta Agrokids mempelajar­i teknik menanam nanas.
Peserta Agrokids mempelajar­i teknik menanam nanas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia