Berita Harian

RAHIM & CO

Hartanah mewah turun harga

- Oleh Nurhayati Abllah

Kategori kediaman atau rumah mewah di kawasan utama kekal mencabar tahun ini dan didapati mengalami penurunan harga, menurut firma perunding hartanah terbesar di Malaysia, Rahim & Co.

Menurut firma itu, segmen hartanah berkenaan mengalami pembetulan harga kurang 10 peratus daripada harga sebenar transaksi sejak 18 hingga 24 bulan yang lalu atau kira-kira 15 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga asal penjual rumah di pasaran sekunder.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman, berkata kediaman mewah di lokasi utama sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) kini mengalami penurunan harga.

“Ia ditawarkan pada harga di bawah RM1,800 setiap kaki persegi, berbanding RM2,500 kaki persegi sebelum ini dan trend berkenaan dilihat berlaku sejak beberapa tahun ini,” katanya pada taklimat Pasaran Hartanah Malaysia oleh Rahim & Co dan Tinjauan Prospek 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata, menerusi kajian yang dibuat untuk kediaman mewah, terutama di KLCC, pihaknya mengandaik­an pemaju akan menetapkan harga melangkaui pasaran Kuala Lumpur, dengan membanding­kan pasaran seperti di Singapura dan Hong Kong.

Faktor penentuan julat harga

“Berdasarka­n pasaran semasa, harga bagi segmen kediaman mewah kira-kira RM2,500 setiap kaki persegi. Bagaimanap­un, harga sebenar yang ditawarkan ialah bawah RM2,000. Jadi, saya rasa umumnya harga rumah mewah di Kuala Lumpur, sekitar RM1,500 setiap kaki persegi,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, penentuan julat harga itu turut bergantung kepada jenis pembanguna­n, lokasi serta kemudahan yang ada dan harganya tidak lebih sekitar RM2,000 hingga RM2,500 setiap kaki persegi, sejak tiga tahun lalu.

Laporan Tinjauan Pasaran Hartanah 2017/2018 Rahim & Co menyatakan, hartanah mewah di Kuala Lumpur masih lagi dianggap mampu milik mengikut skala global, berbanding beberapa bandar utama di Asia Tenggara.

Potensi pembeli

Justeru, individu kaya dan pembeli luar negara masih mampu membeli atau melabur dalam segmen berkenaan.

Menerusi laporan itu lagi, hartanah mewah di Kuala Lumpur dijual antara AS$400 (RM1,577) hingga AS$700 (RM2,761) setiap kaki persegi, berbanding di Bangkok antara AS$900-AS$1,000 (RM3,549RM3,944) kaki persegi dan Singapura lebih AS$2,000 (RM7,888) kaki persegi.

Pada tahun lalu, hanya ada beberapa projek mewah yang dilancarka­n di Kuala Lumpur seperti The Estate di Bangsar, Isola KLCC dan Ascott Star KLCC.

 ??  ??
 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] ?? Abdul Rahim (tengah) pada taklimat Pasaran Hartanah Malaysia oleh Rahim & Co dan Tinjauan Prospek 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] Abdul Rahim (tengah) pada taklimat Pasaran Hartanah Malaysia oleh Rahim & Co dan Tinjauan Prospek 2018 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia