Berita Harian

FAM dijangka terima peletakan jawatan

Mesyuarat EXCO Khas akan bincang pemilihan calon presiden, pemangku

- Oleh Syafiq Aznan

Ahli Jawatankua­sa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan menerima peletakan jawatan presidenny­a, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam Mesyuarat EXCO Khas di Wisma FAM, hari ini.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi, berkata keputusan secara sebulat suara itu dijangka dapat diraih kerana semua EXCO sudah mendapat penjelasan Tunku Ismail sendiri dalam satu pertemuan minggu lalu.

“Tunku Ismail sudah menyatakan hasratnya untuk berundur, jadi kami perlu menghormat­i keputusann­ya walaupun dengan berat hati.

“Apapun, sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan secara rasmi selepas selesai mesyuarat khas kerana beberapa agenda akan turut dibincangk­an dalam mesyuarat sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada 25 Mac lalu, Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sah melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM, selepas genap setahun menerajui persatuan itu apabila memenangi jawatan terbabit tanpa bertanding pada Kongres FAM tahun lalu.

Keputusan di tangan EXCO

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menunjukka­n surat peletakan jawatannya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru yang berlangsun­g pada tarikh sama.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding. Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai beberapa agenda yang bakal dibincangk­an, Yusoff menjelaska­n mesyuarat terbabit turut akan membincang­kan mengenai calon pemangku presiden yang akan menerajui FAM sehingga kongres seterusnya dan juga calon presiden baharu.

“Walaupun Tunku Ismail mencadangk­an nama saya selaku pemangku presiden namun keputusan masih terletak di tangan EXCO. Mungkin mereka merasakan ada calon lain yang lebih baik untuk memikul tanggungja­wab itu.

“Mesyuarat dijangka akan memilih calon untuk jawatan presiden pada kongres yang akan berlangsun­g Julai nanti. Semua EXCO memiliki kuasa untuk memilih kecuali Setiausaha Agung kerana beliau dilantik,” katanya.

Selepas secara rasmi melepaskan tugasnya sebagai Presiden FAM, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mencadangk­an nama Setiausaha Agung, Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai calon paling layak menggantik­an tempatnya. Timbalan Presiden FAM

 ??  ?? Keratan BH 26 Mac lalu.
Keratan BH 26 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia