Berita Harian

PSG julang trofi Piala Perancis

Muncul juara lima tahun berturut-turut selepas tewaskan Monaco

-

Paris Saint-germain (PSG) menjulang trofi kelima Piala Perancis berturut-turut ketika penyerang, Edinson Cavani meledak dua gol bagi membantu meraih kemenangan 3-0 ke atas Monaco, semalam.

Penyerang berbisa Uruguay itu meledak gol pembukaan seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti yang menyaksika­n permainan tertangguh agak lama berikutan ulangan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Pemain Argentina, Angel Di Maria kemudian menewaskan penjaga gol Monaco, Danijel Subasic untuk menggandak­an kelebihan pada minit ke-21, sebelum Cavani melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

Prestasi terbaik

Sensasi Perancis, Kylian Mbappe berada di prestasi terbaik dan sentiasa memberikan ancaman terbesar buat Monaco serta menjadi perbezaan di antara kedua-dua pasukan ketika bekas kelabnya itu tumbang dua kali berturut-turut di pentas final, menyusuri kekalahan 1-4 tahun lalu.

“Malam ini pemain hebat, Kylian berada bersama pasukan yang satu lagi, dia adalah perbezaan terhadap permainan,” kata pengurus Monaco, Leonardo Jardim.

“Saya fikir kami bermain dengan sikap yang betul, sentiasa cuba untuk memburu gol selepas penalti.”

Kemenangan menyaksika­n gergasi Perancis itu kini memiliki lapan kejuaraan Piala Perancis dan meneruskan deretan kemenangan dalam aksi piala domestik itu kepada 40 perlawanan sejak tewas kepada Montpellie­r pada Januari 2014.

PSG memperoleh penalti seawal minit keempat selepas pemain Poland, Kamil Glik menjatuhka­n Mbappe yang menyaksika­n permainan tertangguh hampir tiga minit sebelum Cavani melengkapk­annya untuk gol ke-34 miliknya musim ini.

Mbappe bukan saja terbabit dengan gol kedua PSG yang disempurna­kan Di Maria, malah turut menyumbang gerakan untuk gol ketiga tuan rumah menerusi Cavani berpunca daripada sepakan sudut.

 ?? [ FOTO EPA] ?? Pemain PSG menjulang Piala Perancis selepas membenam Monaco pada aksi final di Matmut-atlantigue, Bordeaux.
[ FOTO EPA] Pemain PSG menjulang Piala Perancis selepas membenam Monaco pada aksi final di Matmut-atlantigue, Bordeaux.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia