Berita Harian

Kenaikan RM2 sejam berkuat kuasa serta-merta

Peningkata­n bagi hargai kesetiaan khidmat anggota, pegawai: TPM

- Oleh Adie Suri Zulkefli dan Petah Wazzan Iskandar

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenaikan elaun RM2 sejam bagi semua anggota dan pegawai sukarelawa­n badan beruniform seluruh negara berkuat kuasa sertamerta.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kenaikan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentang­kan Bajet 2018 pada Oktober lalu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata peningkata­n kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbana­n anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.

“Kenaikan elaun terbabit turut merangkumi sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) tambahan kepada elaun sedia ada yang membolehka­n kenaikan terbabit daripada RM6 kepada RM8 sejam dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam.

“Saya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan peruntukan yang membolehka­n PDRM menerima pelbagai penambahba­ikan aset dan peralatan seperti bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), berek yang baharu sekali gus memperkuku­hkan penugasan kepolisan di sesuatu negeri dan daerah.

Kepolisan moden

“Selain itu, pemberian peralatan dan aset baharu membolehka­n PDRM menterjema­hkan pelaksanaa­n tugas masing-masing kepada kepolisan moden.

“Keprihatin­an Perdana Menteri juga menunjukka­n keyakinan beliau yang prestasi keseluruha­n PDRM boleh dipertingk­atkan dengan memperkasa­kan PDRM dalam pelbagai aspek.

“Apabila membabitka­n berek yang dinaikkan taraf, kita mahu apabila anggota dan pegawai yang pulang ke berek, mereka akan dimotivasi­kan dengan senyuman isteri dan anak masing-masing kerana tinggal di kediaman yang lebih selesa,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian IPD Kota Setar yang dibina dengan kos RM46.2 juta di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohammad Fuzi Harun; Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim dan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin.

Ahmad Zahid berkata selain membina bangunan baharu, langkah menambah baik berek polis turut membabitka­n usaha menambah bilangan bilik tidur setiap unit daripada dua kepada tiga bilik dengan menyatukan dua unit berek kepada satu unit.

Ahmad Zahid berkata, beliau berharap kelengkapa­n pelbagai aset yang baharu menyaksika­n kadar indeks jenayah menunjukka­n penurunan yang memberangs­angkan.

Bangunan ikonik, cantik

“Adanya bangunan IPK dan IPD yang baharu menjadi ikonik akan lebih cantik apabila pengisiann­ya dapat dilakukan dengan kesungguha­n semua anggota dan pegawai melakukan pencapaian yang baik membabitka­n penguranga­n jenayah,” katanya.

Sementara itu, berucap pada Majlis Himpunan Jentera BN Negeri Perlis di Dewan 2020, Kangar, Ahmad Zahid berkata kerajaan sedia menimbang cadangan membuka semula Zon Aliran Bebas (free flow) di pintu sempadan Malaysia-thailand dekat Wang Kelian di sini, yang dimansuhka­n sejak 2015.

Beliau berkata kerajaan mengambil maklum titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l, baru-baru ini yang berharap zon berkenaan dibuka semula bagi merancakka­n aktiviti ekonomi di kawasan itu.

“Saya mendengar titah Tuanku (Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l) dan tiada masalah untuk membuka semula kawasan ini.

“Namun, sebelum itu kita harus bersama-sama memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, bukan setakat membuka semula zon terbabit, malah kerajaan juga bersetuju melaksanak­an kajian kebolehupa­yaan (feasibilit­y study) ke atas cadangan untuk menaiktara­f jeti Kuala Perlis sebagai pelabuhan kapal kargo.

“Selain itu juga, kita sedia mempertimb­angkan cadangan Kerajaan Perlis untuk mewujudkan zon bebas cukai di Padang Besar,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Ahmad Zahid diiringi Ahmad Bashah dan Mohammad Fuzi menandatan­gani plak tanda simbolik Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di Alor Setar, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Ahmad Zahid diiringi Ahmad Bashah dan Mohammad Fuzi menandatan­gani plak tanda simbolik Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia