Pepsi Black tanpa kalori
Resipi baharu janji penuhi cita rasa penggemar
Minuman terkenal di dunia, Pepsi memperkenalkan rasa minuman kola dinanti iaitu Pepsi Black dengan rasa lebih berani tanpa kalori.
Minuman terbaru ini menjanjikan kenikmatan rasa yang pasti memenuhi cita rasa peminat Pepsi.
Walaupun disediakan tanpa kalori, pengeluarnya tidak berkompromi dalam rasanya. Pelanggan masih dapat terus menikmati minuman kegemaran jenama Pepsi pada rasa yang sama sekalipun ia bukan minuman berkalori.
Produk inovatif dan minuman untuk masa depan ini boleh didapati di kedai runcit seluruh negara dan ia dibangunkan bagi mengubah sentimen masyarakat terhadap minuman berkarbonat.
Kekal kelazatan kola
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuban T Sundaram berkata, Pepsi mahu semua rakyat Malaysia menikmati ‘Rasa Minuman yang Dinanti’ menerusi kempen terbarunya.
“Kemajuan dalam penyelidikan dan teknologi membolehkan penciptaan resipi dan formula yang dapat mengekalkan kelazatan dan menghasilkan produk kola yang lebih baik untuk dinikmati tanpa kalori.
“Pepsi terbaru ini juga mendapat kelulusan Pilihan Sihat yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Logo Pilihan Sihat ini memberi pilihan kepada pelanggan memilih sajian yang tetap dan ia sangat penting untuk pelanggan,” katanya.
Untuk memeriahkan lagi pelancarannya, Etika membina satu paparan besar bagi menarik perhatian peminat Pepsi di Wisma Damansara, Jalan Semantan.
Paparan itu turut disertakan perakam waktu yang merakam masa menjelang pelancaran, penyejuk yang akan direndahkan suhunya setiap hari sehingga hari ini.
Sebaik perakam waktu mencecah angka kosong, peminat Pepsi akan diberi peluang melakukan aktiviti dan permainan di Wisma Damansara.
Jadilah orang pertama menikmati minuman ini dengan mengikuti aktiviti yang diadakan. Pelanggan boleh menikmati rasa terbaru Pepsi ini sama ada dalam tin 320 mililiter, dalam bentuk pek empat tin atau botol 400ml dan 1.5 liter.
Produk ini boleh didapati di seluruh kedai runcit, pasar raya dan kedai serbaneka.