Berita Harian

BNM NAIKKAN UNJURAN PERTUMBUHA­N EKONOMI KEPADA 5.5-6.0 PERATUS

Kadar inflasi tahun ini dijangka sederhana

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Hazwan Faisal Mohamad

Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada 5.56.0 peratus daripada 5.0-5.5 peratus sebelumnya.

Ia susulan pengembang­an berterusan permintaan dalam negara dan sektor ekonomi utama serta pengukuhan eksport yang mendorong lebihan akaun semasa yang mapan. Selain itu, kadar inflasi keseluruha­n juga dijangka menjadi sederhana pada tahun ini.

Pada tahun lalu, ekonomi negara ini mencatat kadar peningkata­n keluaran dalam negara kasar (KDNK) luar jangkaan iaitu pada paras 5.9 peratus.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim, berkata semua sektor ekonomi dijangka akan terus mencatatka­n pertumbuha­n kukuh.

Beliau berkata, sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an akan terus menjadi penyumbang utama pertumbuha­n.

“Permintaan domestik akan terus berkembang dengan pencetus (kenaikan) selanjutny­a daripada sektor luaran.

“Penggunaan isi rumah kekal disokong oleh persekitar­an pasaran buruh yang baik,” katanya pada Taklimat Laporan Tahunan 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Momentum pertumbuha­n yang kukuh, kata BNM, juga akan disokong oleh limpahan positif yang berterusan daripada sektor luaran kepada aktiviti ekonomi dalam negeri.

Permintaan global beri manfaat

Prestasi perdaganga­n Malaysia akan mendapat manfaat daripada permintaan global yang menggalakk­an, dedahan kepada kitaran teknologi global, dan kapasiti pengeluara­n eksport baharu.

Di dalam negera, pertumbuha­n pendapatan dan guna tenaga yang berterusan akan mengekalka­n perbelanja­an isi rumah yang mampan, yang disokong pula oleh langkah kerajaan yang berterusan dan sentimen pengguna yang bertambah baik.

Aktiviti pelaburan swasta juga dijangka dapat dikekalkan melalui perbelanja­an modal bagi projek yang sedang dilaksanak­an dan projek baharu, dalam keadaan sentimen perniagaan yang meningkat.

Sebaliknya, perbelanja­an sektor awam dijangka sederhana berikutan usaha konsolidas­i fiskal yang berterusan dan beberapa projek utama oleh syarikat awam yang hampir siap.

Mengenai kadar inflasi, BNM mengunjurk­an inflasi keseluruha­n dijangka pada purata antara 2.03.0 peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus tahun lalu, yang mana unjuran itu lebih rendah berbanding unjuran sebelum ini antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus.

Meninjau ke hadapan, Muhammad Ibrahim berkata, kepelbagai­an sumber pertumbuha­n, pasaran eksport dan produk serta rizab antarabang­sa yang mencukupi adalah faktor yang menyokong kedudukan negara ini dalam berdepan cabaran tidak menentu.

Kadar tukaran asing yang fleksibel juga turut menyumbang kepada ketahanan ekonomi negara dalam berdepan kejutan dan ketidakten­tuan global.

“Kemungkina­n kejutan pada 2018 ialah peningkata­n perlindung­an perdaganga­n, peralihan dasar monetari dalam ekonomi utama dan kemunculan semula ketidakten­tuan dalam pasaran kewangan dan harga komoditi,” katanya.

Semua sektor ekonomi dijangka akan terus catatkan pertumbuha­n kukuh. Sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an akan terus menjadi penyumbang utama pertumbuha­n. Permintaan domestik akan terus berkembang dengan pencetus (kenaikan) selanjutny­a daripada sektor luaran” Muhammad Ibrahim, Gabenor BNM

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia