Berita Harian

Arah tuju Bursa Malaysia kini lebih dipengaruh­i faktor PRU-14

-

Masih terlalu awal untuk melihat impak sebenar pertelingk­ahan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dikatakan akan menjurus kepada tercetusny­a perang perdaganga­n, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Beliau berkata, pihaknya melihat arah tuju Bursa Malaysia dalam tempoh terdekat ini akan lebih dipengaruh­i faktor Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berbanding perang perdaganga­n AS - China itu.

Beliau berkata, ekonomi Malaysia hari ini sudah matang dan tidak lagi bergantung hidup kepada mana-mana kuasa perdaganga­n tunggal.

Pemain utama masuk pasaran

“Selepas mengambil kira demografi dan jumlah dagangan ekonomi Malaysia yang bergerak dari AS ke pasaran serantau, saya akan tunggu dan lihat impaknya buat masa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Bursa Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Di Malaysia, faktor PRU kebiasaann­ya akan mempengaru­hi pergerakan harga saham di bursa tempatan kerana ramai pemain-pemain utama akan memasuki pasaran bagi tujuan melonjakka­n indeks.

MIDF Research dalam satu nota penyelidik­an sebelum ini berkata, aliran masuk dana asing dijangka akan berterusan pada 2018, terutamany­a selepas PRU-14.

Lancar rangka kerja jualan pendek harian

Ahli ekonomi di United Overseas Bank (Malaysia) Bhd, Julia Goh, berpandang­an ekonomi Asia yang dipacu eksport, seperti Malaysia, akan terkesan daripada impak sebenar jika tercetusny­a perang perdagagan As-china.

Dalam perkembang­an lain, Tajuddin berkata, Bursa Malaysia akan melancarka­n rangka kerja jualan pendek harian atau intraday short-selling (IDSS) kepada semua pelabur pada suku kedua tahun ini.

Beliau berkata, Malaysia juga sedang bekerjasam­a dengan Singapura bagi mewujudkan koridor pasaran untuk menghubung­kan pasaran saham antara kedua-dua negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia