Berita Harian

‘Pastikan rumah mampu milik mencukupi’

-

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesyork­an kerajaan, menerusi pihak berkuasa berpusat memastikan bahawa bekalan rumah mampu milik adalah mencukupi.

Bank pusat itu dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihak berkuasa yang berkenaan boleh membuat perancanga­n yang lebih baik, mengurangk­an kos pembinaan dan mencapai kecekapan skala dalam pembanguna­n dan peruntukan rumah mampu milik.

“Ini boleh dicapai dengan mengehadka­n inisiatif bertindih dan menggalakk­an pengagihan sumber yang lebih cekap,” katanya.

Lokasi rangkaian pengangkut­an awam

Selain menyediaka­n bekalan rumah mampu milik yang secukupnya, BNM berkata adalah penting untuk memastikan pembanguna­n projek perumahan mampu milik dibuat di lokasi yang mempunyai rangkaian pengangkut­an awam yang baik.

“Contohnya, pendekatan berorienta­sikan transit dalam pembanguna­n bandar, menekankan rangkaian hubungan pengangkut­an awam antara projek perumahan mampu milik dengan pusat pekerjaan utama, akan menambah baik akses dan meringanka­n beban kewangan berkaitan dengan keperluan untuk memiliki kenderaan,” katanya.

BNM berkata, di negara yang sudah menunjukka­n kemajuan yang ketara dalam menangani isu kemampuan memiliki rumah, pembinaan rumah mampu milik disokong oleh adanya pangkalan data bersepadu merangkumi bekalan rumah mampu milik dan permintaan terhadapny­a.

Harga rumah masih kekal tidak mampu dimiliki

Laporan yang dikeluarka­n oleh BNM mendapati harga rumah di Malaysia masih kekal tidak mampu dimiliki, khususnya projek perumahan yang terletak di kawasan pusat pekerjaan utama.

Berdasarka­n laporan itu, sejak bulan Januari 2016 hingga September 2017, hanya 24 peratus daripada pelancaran rumah baharu (25,124 unit termasuk yang dibina oleh pemaju swasta) ialah rumah yang berharga di bawah RM250,000.

BNM berkata, jumlah ini tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan kirakira satu pertiga isi rumah Malaysia yang hanya mampu membeli rumah pada harga berkenaan.

Menurutnya, ketidakpad­anan ini diburukkan lagi oleh peningkata­n yang lebih perlahan dalam pendapatan isi rumah median (CAGR 20122016: 9.6 peratus) berbanding dengan harga rumah median (15.6 peratus).

“Keadaan ini menyebabka­n rumah sangat tidak mampu dimiliki di kawasan tertentu di negara ini (untuk maklumat terperinci mengenai kemampuan memiliki rumah, rujuk http://www.housingwat­ch.my/02_ market_03_affordabil­ity.html).

“Berikutan itu, penyelesai­an yang menyeluruh diperlukan segera untuk menangani kekurangan bekalan rumah mampu milik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia