Berita Harian

Mbappe, Pogba sentap semangat Russia

-

Saint Petersburg: Kylian Mbappe menjaringk­an dua gol dan Paul Pogba meledak jaringan bijak menerusi sepakan percuma ketika Perancis menewaskan tuan rumah Piala Dunia, Russia 3-1 dalam perlawanan persahabat­an di Saint Petersburg awal pagi semalam, waktu Malaysia.

Dua jaringan hebat Mbappe serta satu daripada Pogba membantu juara dunia 1998 itu bangkit selepas kekalahan 2-3 di laman sendiri Jumaat lalu kepada Colombia, manakala jaringan Fedor Smolov sekadar sagu hati buat Russia.

“Kami sentiasa memiliki kemampuan untuk mencipta peluang, untuk menjaringk­an gol, dan kami berupaya mendapatka­n tiga gol,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Sentiasa ada perkara yang kami boleh lakukan. Pada babak pertama, kami secara bodoh memberikan bola kepada lawan... Tetapi ia tidak berlaku pada babak kedua.”

Perlawanan itu dimulakan dengan berdiam diri selama seminit bagi memperinga­ti 64 mangsa termasuk 41 kanak-kanak yang terbunuh akibat kebakaran di pusat beli belah Siberia Ahad lalu.

Disisih Mourinho

Russia mencipta peluang pertama pada minit ke-15 apabila hantaran Alan Dzagoev menemui Smolov dalam kotak penalti tetapi Hugo Lloris menampan sepakan leret kapten Russia itu.

Pelawat hampir mendapat jaringan menerusi Mbappe 10 minit kemudian tetapi cubaan penyerang Paris Saint-germain itu dinafikan penjaga gol Andrei Lunev.

Namun Mbappe meletakkan Perancis di depan pada minit ke-40 apabila dia menyambut hantaran Pogba sebelum meledak sepakan rendah walaupun dikawal dua pertahanan Russia.

Pogba menggandak­an kelebihan empat minit selepas rehat dengan sepakan percuma menarik yang melencong ke penjuru.

“Kami menjangkak­an yang lebih daripadany­a (Pogba), saya banyak meminta daripadany­a,” kata Deschamps mengenai pemain tengah yang mendapati dirinya kurang menjadi pilihan Jose Mourinho di Manchester United sejak kebelakang­an ini.

 ??  ?? Kylian Mbappe
Kylian Mbappe

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia