Berita Harian

‘Tetamu sudah datang, makanan tak sampai’

Syarikat didakwa tipu babit kerugian ratusan ribu ringgit

- Oleh Nur Afiradina Arshad

Sebuah syarikat perancang perkahwina­n beroperasi di Sungai Buloh didakwa menipu keluarga bakal pengantin membabitka­n kerugian terkumpul berjumlah dianggarka­n ratusan ribu ringgit sejak 24 Mac lalu.

Hapizah Abd Ghani, 58, berkata dia marah dan terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh syarikat itu kerana tidak menepati janji menyediaka­n hidangan yang ditempah menyebabka­n menanggung kerugian RM17,350.

Hapizah berkata, beliau sekeluarga juga tergopoh-gapah pada waktu pagi mencari kedai makan dan membeli barang demi memikirkan kehadiran tetamu pada hari kenduri itu.

“Saya hanya menahan tangisan semasa majlis berlangsun­g demi menghiburk­an saudara-mara dan tetamu walaupun sebenarnya kesedihan itu Allah sahaja yang tahu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti GERAKAN Rakyat Malaysia (PGRM), dekat sini, hari ini.

Hapizah berkata, beliau sedih memikirkan kejadian itu kerana ini adalah majlis perkahwina­n kali pertama diadakan dalam ahli keluargany­a.

“Saudara mara datang berpakaian cantik, tetapi terpaksa bertungkus lumus membantu siapkan hidangan yang sepatutnya tiba pada jam 10 pagi semasa hari majlis diadakan.

“Saya beberapa kali menghubung­i syarikat itu, namun gagal dan sebagai perancang perkahwina­n mereka seharusnya memaklumka­n kepada kami jika terdapat sebarang masalah,” katanya.

Cari pakej lain

Seorang lagi mangsa, Muhammad Faez Mohd Zamberi, 26, berkata, beliau dan keluargany­a mengadakan majlis doa selamat selepas menyedari syarikat perancanga­n perkahwina­n itu terbabit dengan penipuan.

Muhammad Faez berkata, beliau menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan syarikat terbabit selepas menghubung­i pekerjanya yang kemudian menasihatk­an untuk mencari pakej yang lain.

“Lima hari lalu saya mengetahui syarikat itu memberhent­ikan semua pekerjanya dan sudah ditutup.

“Tapi sebelum itu, saya ada berjumpa dengan wakil daripada syarikat itu dan dia memaksa untuk membayar kesemua bayaran pada Februari lalu dengan diskaun 10 peratus,” katanya.

Mangsa yang dikenali sebagai Mariam, 27 berkata beliau dinasihatk­an oleh salah satu butik yang bekerjasam­a dengan syarikat itu supaya mencari syarikat perancanga­n perkahwina­n lain.

“Pihak butik itu sudah tidak terbabit atau bekerjasam­a dengan syarikat berkenaan. Bagaimanap­un, saya masih berhubung dengan orang yang ditugaskan untuk mengurus majlis saya, tapi dia memberitah­u masih belum ada bayangan untuk syarikat itu melaksanak­an pakej yang dijanjikan,” katanya.

Mariam yang mendakwa kerugian sebanyak RM11,130 bayaran bagi perkhidmat­an makanan dan andaman sahaja.

Sementara itu Timbalan Ketua Biro Aduan PGRM, Ben Liew Pok Boon, berkata setakat kelmarin, pihaknya sudah menerima sembilan aduan berhubung penipuan syarikat berkenaan.

 ??  ?? Muhammad Faez, Hapizah dan Pok Boon pada sidang media di Ibu Pejabat PGRM, Kuala Lumpur, semalam.
Muhammad Faez, Hapizah dan Pok Boon pada sidang media di Ibu Pejabat PGRM, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia