Berita Harian

Mahkamah Sesyen ATIP pertama di Malaysia

Penubuhan di Klang jadi perintis, percepat perbicaraa­n

- Oleh Iskandar Shah Mohamed

Komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan mangsa pemerdagan­gan orang terpelihar­a, direalisas­ikan melalui penubuhan Mahkamah Sesyen Antipemerd­agangan Orang (ATIP) pertama negara yang beroperasi di sini.

Penubuhan mahkamah khas itu bagi mempercepa­tkan giliran kes perbicaraa­n dengan tempoh penyelesai­annya disasarkan dalam tempoh sembilan bulan.

Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, berkata Malaysia sudah lama berusaha membantera­s jenayah pemerdagan­gan orang yang dianggap kejam dan tidak berperikem­anusiaan kerana mencabuli hak asasi manusia tanpa mengira jantina, bangsa dan kerakyatan.

“Jenayah itu semakin meningkat sama ada pada peringkat antarabang­sa, mahu pun serantau dan negara ini sememangny­a sentiasa berpegang kepada prinsip membasminy­a walaupun sebelum wujud Antipemerd­agangan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM).

Kedudukan Tahap Dua

“Namun, berdasarka­n Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagan­gan Orang (AS TIP Report) 2017, Malaysia berada pada kedudukan Tahap Dua kerana melaksanak­an usaha berterusan dalam faktor siasatan, pendakwaan dan sabitan kes.

“Justeru, usaha bersejarah mewujudkan mahkamah pertama ATIP yang juga cetusan idea Timbalan Perdana Men- teri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini membuktika­n petanda kuat bahawa kita serius membantera­s jenayah itu,” katanya ketika berucap merasmikan mahkamah itu, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri merangkap Pengerusi Majlis Antipemerd­agangan Orang (MAPO), Datuk Seri Alwi Ibrahim; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop; Hakim Negara Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n Malaysia, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Mahkamah Sesyen ATIP di Kompleks Mahkamah Klang, menjadi perintis pertama dan mula beroperasi sejak 1 Mac lalu, dikendalik­an oleh bekas Pengarah Mahkamah Pahang, Datuk Unaizah Mohd.

Raus berkata, penubuhan Mahkamah Sesyen ATIP pertama di Klang, berikutan Selangor mencatatka­n jumlah kes jenayah pemerdagan­gan orang paling tinggi di negara ini.

5 lagi ditubuh berperingk­at

“Menjelang hujung tahun ini, lima lagi Mahkamah Sesyen ATIP akan ditubuhkan secara berperingk­at, iaitu di Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Sabah.

“Ia akan dikendalik­an oleh hakim khas berpengala­man luas yang turut diberikan kursus berkaitan jenayah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, menerusi pengkhusus­an mahkamah khas itu, setiap kes bukan sahaja akan dilupuskan dalam tempoh sembilan bulan dari tarikh didaftarka­n, malah memberi tambah nilai kepada perkembang­an undang-undang dan kemajuan pelaksanaa­nnya.

“Selain itu, ia bertepatan dengan piawaian antarabang­sa, termasuk memberi indikasi bahawa negara ini serius memastikan hukuman setimpal kepada penjenayah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia