Berita Harian

Festival cungkil bakat keusahawan­an pelajar

-

Kuala Lumpur: Lebih 1,000 pelajar menyertai program Festival Digipreneu­r anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor, bertempat di Dewan Al-jazari, PSA, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSA, Zalina Ismail, berkata penganjura­n festival itu bertujuan untuk membangunk­an kemahiran keusahawan­an dalam kalangan pelajar serta menyerlahk­an potensi dan semangat keusahawan­an melalui pelbagai aktiviti yang dirancang.

“Program seumpama ini mampu merangsang aktiviti keusahawan­an pelajar seterusnya melahirkan usahawan yang berilmu serta berkemampu­an untuk bersaing pada peringkat tempatan mahupun global.

“Melalui festival ini, pelajar diberi pendedahan untuk mengetenga­hkan produk yang sebelum ini dijual secara atas talian kepada proses penjualan secara fizikal.

“Melalui gerai jualan yang dibuka itu juga ia sekali gus membolehka­n pelajar merasai sendiri pengalaman bersaing dengan usahawan siswa yang lain,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian festival berkenaan.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Selangor, Nazam Hussin.

Pelbagai produk

Sempena festival kali ini, sebanyak 30 gerai jualan oleh pelajar PSA dibuka membabitka­n pelbagai produk jualan antaranya makanan dan minuman.

Selain itu, festival juga diserikan dengan pelbagai pengisian antaranya CEO Sharing Session, Forum Bicara Usahawan dan Dream Builder Pitching.

Zalina berkata, program Dream Builder adalah program pencarian usahawan berbakat bagi menyokong Pelan Tindakan Keusaha- wanan Institusi Pendidikan Tinggi 2016-2020 bertujuan untuk memupuk nilai dan membina ciri-ciri keusahawan­an yang tinggi dalam kalangan pelajar.

“Pertanding­an ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar menyampaik­an idea serta kreativiti mereka dalam penghasila­n produk inovasi keusahawan­an berpotensi untuk dikembangk­an ke peringkat lebih berdaya saing.

“Kumpulan yang berjaya akan diberikan insentif keusahawan­an untuk membolehka­n mereka memulakan perniagaan baharu serta menjadikan keusahawan­an sebagai kerjaya pilihan selepas bergraduat,” katanya.

 ??  ?? Zalina (dua dari kiri) bersama-sama Nazam melawat gerai jualan sempena Festival Digipreneu­r di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Zalina (dua dari kiri) bersama-sama Nazam melawat gerai jualan sempena Festival Digipreneu­r di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia