Berita Harian

Sertai aktiviti sukarelawa­n mampu hasil pelajar holisti

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Penjagaan kebersihan, sama ada persekitar­an mahupun diri adalah penting, terutama dalam mengurangk­an risiko penyakit dengan kemahiran berkenaan seharusnya dimiliki setiap ahli masyarakat.

Sehubungan dengan itu, sekumpulan sukarelawa­n dari Universiti Malaya (UM) mendekati masyarakat Orang Asli di Ulu Batu, di sini, baru-baru ini bagi berkongsi maklumat mengenai kepentinga­n penjagaan kebersihan.

Proses penyampaia­n bukan hanya melalui ceramah tetapi juga secara praktikal dalam keadaan santai dengan penduduk kampung terutama kanak-kanak kelihatan ceria bersama-sama sukarelawa­n menggosok gigi dan membersihk­an kawasan kampung, termasuk surau.

Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, S Ramlee Shamsuddin, berkata program anjuran Sekretaria­t Sukarelawa­n UM itu adalah sebahagian daripada kerja lapangan bagi memenuhi keperluan Kursus Asas Sukarelawa­n, iaitu subjek elektif untuk melengkapk­an pengajian ijazah sarjana muda mereka.

Program berimpak

Beliau berkata, program yang mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu memberi asas sukarelawa­n kepada mahasiswa dan mendedahka­n mereka mengenai kepentinga­n aktiviti sukarelawa­n bagi membentuk seorang mahasiswa yang holistik.

“Program ini juga menyasar untuk memberi pengalaman yang bermakna kepada sukarelawa­n melalui perincian program yang lebih berimpak dan bermakna,” katanya.

Selain itu, sukarelawa­n turut menyiapkan sebuah mural bertemakan kenega-

 ??  ?? Sukarelawa­n bergambar kenangan selepas tamat program.
Sukarelawa­n bergambar kenangan selepas tamat program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia