Berita Harian

‘Jangan guna alat tak penuhi piawaian’

-

Kuala Lumpur: Pemilik premis khususnya yang berisiko menjadi sasaran jenayah, dinasihat tidak menggunaka­n kamera pengawasan berasaskan protokol internet (IP) murah dan tidak memenuhi piawaian yang mudah digodam atau diceroboh.

Antara premis berkenaan ialah bank, kedai pajak gadai dan kedai emas serta kaunter pembayaran seperti di stesen minyak atau pasar raya.

Naib Presiden Kanan, Perkhidmat­an Responsif Keselamata­n Siber, Cybersecur­ity Malaysia (CSM), Dr Aswami Ariffin, berkata pengguna boleh mendapatka­n rujukan serta nasihat penggunaan sistem kamera pemantauan daripada agensi berwajib.

Walaupun belum ada laporan diterima mengenai penceroboh­an pelayar (server) sistem kamera litar tertutup (CCTV) di negara ini, beliau tidak menolak kemungkina­n kes sedemikian berlaku secara senyap berikutan perkembang­an teknologi, sekuriti lemah selain tiada pemantauan.

“Justeru, kita minta pengguna dapatkan rujukan serta nasihat pakar atau agensi berwajib dalam soal penggunaan sistem CCTV supaya dapat mengurang atau mengelakka­n risiko,” katanya.

Lihat data peribadi

Pada Ogos lalu, penggodam dari Amerika Syarikat berjaya menceroboh rakaman kamera IP secara terus aksi seorang pekerja di sebuah stesen minyak di negara ini sedang bertugas di kaunter.

Penceroboh menggunaka­n visual kamera IP di premis terbabit untuk melihat data peribadi seperti kad kredit, kata laluan serta ruang dan peluang untuk melakukan jenayah di stesen minyak berkenaan.

Mengenai kebimbanga­n penggunaan kamera IP murah, Asmawi berkata, selain risiko diceroboh penjenayah, kualiti rakaman atau visual penting untuk membantu sekiranya berlaku jenayah di premis terbabit.

“Bagi kes yang perlu mengenal pasti identiti menerusi CCTV, peratusan kejayaanny­a lebih kurang 20 peratus, selebihnya tidak berjaya kerana keadaan CCTV itu sendiri yang mempunyai kualiti rakaman rendah,” katanya.

Kita minta pengguna dapatkan rujukan serta nasihat pakar atau agensi berwajib dalam soal penggunaan sistem CCTV supaya dapat mengelakka­n risiko” Dr Aswami Ariffin, Naib Presiden Kanan, Perkhidmat­an Responsif Keselamata­n Siber, CSM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia