Berita Harian

Polis siasat himpunan BERSIH di Parlimen

-

akan menyiasat dan menyerahka­n kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kesalahan yang dilakukan oleh penganjur dan peserta perhimpuna­n BERSIH ke Parlimen, di sini, semalam.

Walaupun penganjur tidak memohon kepada pihak berkuasa untuk berhimpun, polis tidak mengambil tindakan drastik bagi menghalang perhimpuna­n itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddi­n Abdullah, berkata perkara yang paling penting adalah mengawal kumpulan terbabit daripada memasuki perkaranga­n bangunan Parlimen.

“Meskipun mereka melanggar peraturan kerana tidak memiliki kebenaran untuk berhimpun selain beberapa insiden kecil ketika mereka cuba menghalang halangan polis, perhimpuna­n itu berlangsun­g dalam keadaan terkawal.

Panggil penganjur

“Setakat ini kita sudah mengenal pasti penganjur dan akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk proses merakam percakapan sebagai sebahagian daripada siasatan mengikut Akta Perhimpuna­n Aman (APA),” katanya ketika di luar bangunan Parlimen.

Beliau berkata tindakan penganjur mendesak peserta ingkar arahan polis untuk terus berarak ke Parlimen akan disiasat.

Polis dengan kekuatan kira-kira 400 pegawai dan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Bukit Aman ditugaskan pada perhimpuna­n yang berakhir kira-kira jam 12 tengah hari itu.

Perhimpuna­n itu gagal menarik orang ramai apabila hanya sekitar 300 orang hadir antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari termasuk beberapa pemimpin pakatan pembangkan­g.

Mereka juga turut dilihat menghalang pergerakan lalu-lintas dari arah Jalan Kinabalu ke Parlimen dan laluan bertentang­an selepas memasuki kawasan jalan raya.

Apabila tiba di laluan ke arah bangunan Parlimen, kumpulan itu cuba merempuh halangan polis namun gagal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia