Berita Harian

Faber-castell Malaysia rai kejayaan 40 tahun

-

Malaysia, pengeluar dan pembekal produk alat tulis terkemuka meraikan penubuhan 40 tahun di negara ini dengan pelbagai pencapaian.

Pengarah Urusannya, Dr Toh Yan Peng, berkata pencapaian itu tidak hanya pada peringkat domestik, malah Faber-castell Malaysia juga menjadi negara ketiga penyumbang terbesar jualan global kepada syarikat induk, Faber-castell AG.

Katanya, dengan mencatat pertumbuha­n jualan tahunan sekitar 15 hingga 16 peratus, Faber-castell Malaysia terus berkembang saban tahun untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Faber-castell Malaysia menghasilk­an 180 juta batang pen mata bola dan pen gel serta lebih 200 juta keping pemadam setiap tahun bagi pasaran tempatan dan eksport selain menjadi pengeluar pemadam terbesar dunia.

“Kami juga mengekspor­t produk ke Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia Barat dan rantau Asia Pasifik.

“Lebih membanggak­an, kami menjadi penyumbang ketiga terbesar dari segi jualan kepada Faber-castell AG selepas Jerman dan Amerika Latin,” katanya pada sidang media meraikan sambutan 40 tahun Faber-castell Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Ahli Lembaga Eksekutif Faber-castell AG, Mary von Faber-castell dan Ketua Pegawai Eksekutif FaberCaste­ll AG, Daniel Rogger.

Labur RM7 juta tahun ini

Untuk tahun ini, Yan Peng berkata, Faber-castell Malaysia akan melabur RM7 juta bagi pengembang­an aspek logistik, membeli mesin dan meningkatk­an kapasiti pengeluara­n kilangnya di Subang Jaya bagi memperkasa­kan keupayaan eksport.

Katanya, dengan suntikan pelaburan tambahan itu, FaberCaste­ll Malaysia menjangkak­an kapasiti pengeluara­n lebih tinggi untuk pen mata bola dan pemadam.

“Bagi pasaran domestik, kita jangka pertumbuha­n jualan sekitar 15 peratus tahun ini. Tumpuan Faber-castell Malaysia adalah pasaran eksport yang menyumbang 60 peratus kepada jualan keseluruha­n syarikat,” katanya.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Yan Peng menunjukka­n produk terbaru selepas sidang media meraikan sambutan 40 tahun Faber-castell Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Yan Peng menunjukka­n produk terbaru selepas sidang media meraikan sambutan 40 tahun Faber-castell Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia