Berita Harian

Dana RTP tidak masuk dalam akaun wakil rakyat

-

Daro: Dana Projek Pembanguna­n Luar Bandar (RTP) tidak disalurkan secara tunai kepada wakil rakyat, sebaliknya peruntukan itu hanya akan diagihkan oleh kementeria­n selepas mendapat kelulusan Pejabat Residen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, berkata bagi mendapatka­n dana RTP, setiap wakil rakyat perlu menyerahka­n senarai projek dengan jumlah terkumpul sebanyak RM5 juta kepada kementeria­n melalui Pejabat Residen untuk kelulusan.

“Selepas mendapat kelulusan, peruntukan untuk sesuatu projek tidak akan dimasukkan ke dalam akaun wakil rakyat, sebaliknya ia akan disalurkan terus kepada sesebuah agensi pelaksana yang terdiri daripada jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah serta Jabatan Saliran dan Pengairan.

“Agensi pelaksana ini akan bertanggun­gjawab dalam memastikan setiap projek dilaksanak­an mengikut spesifikas­i dan tempoh ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada majlis Tahun Baharu Cina di Kampung Baru Cina, di sini, semalam.

Dakwaan tidak berasas

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan yang viral di media sosial bahawa dana untuk pembanguna­n dimasukkan terus ke dalam akaun wakil rakyat.

Safiee berkata, dakwaan tidak berasas oleh pihak tertentu itu sengaja disebarkan untuk memburukka­n kerajaan negeri.

Katanya, wakil rakyat hanya mempunyai kuasa untuk menentukan projek mana yang harus dilaksanak­an terlebih dahulu berdasarka­n penilaian projek mana perlu diberi keutamaan.

Mengambil contoh di kawasan DUN Daro, beliau berkata, permohonan senarai projek untuk tahun ini sudah dihantar untuk pertimbang­an kelulusan.

“Sebahagian besar kawasan DUN Daro berada di kawasan pesisir dan kebanyakan fokus saya untuk projek RTP bagi tahun 2018 ialah meningkatk­an infrastruk­tur seperti jalan, dewan dan surau untuk kemudahan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata, dana RM5 juta setahun bukanlah besar kerana di kawasannya, ia perlu dibahagika­n kepada empat daerah agar pembanguna­n dapat dilaksanak­an secara menyeluruh.

Wakil rakyat hanya ada kuasa untuk menentukan projek mana yang harus dilaksanak­an terlebih dahulu berdasarka­n penilaian projek mana perlu diberi keutamaan” Safiee Ahmad, ADUN Daro

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia