Berita Harian

Terima kasih Poncharal!

Hafizh terhutang budi kepada prinsipal Tech 3

- Oleh Fadhli Ishak

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali mendedahka­n penghijrah­an Hafizh Syahrin Abdullah ke kancah Motogp mungkin tidak terjadi tanpa sokongan penuh prinsipal pasukan Monster Yamaha Tech 3, Herve Poncharal.

Razlan turut mengakui kepercayaa­nnya terhadap Poncharal begitu tinggi hingga beliau tidak mempunyai ‘pelan B’ jika perjanjian itu tidak berhasil.

Berita mengenai penyertaan Hafizh ke pasukan Tech 3 bagi menggantik­an Jonas Folger tersebar luas sejak ujian pra-musim di Sepang, bulan lalu tetapi wujud persoalan ia mungkin tidak berlaku jika penaja utama pasukan itu tidak memihak pelumba Malaysia itu.

Risiko tinggi

SIC Racing Team, pasukan yang sepatutnya disertai Hafizh untuk berlumba dalam kelas Moto2 tahun ini, sudah menamakan Zulfahmi Khairuddin sebagai pelumba sekali gus tiada tempat untuknya jika perjanjian itu gagal.

“Herve antara insan paling berpengala­man di paddock dan saya sering membuat rujukan kepadanya untuk mendapatka­n nasihat setiap kali kami bertemu ketika Grand Prix,” kata Razlan.

“Saya juga membuat rujukan dengannya bagi mendapatka­n nasihat bagaimana untuk membawa Hafizh ke Motogp tahun depan dan dari situlah ia bermula.

“Sebenarnya, semuanya sudah disahkan (secara lisan) pada hari pertama ujian musim sejuk di Sepang. Herve, Yamaha malah Carmelo Ezpeleta (CEO Dorna) semuanya mahukan Hafizh tapi ada masalah dengan satu penaja yang tidak bersetuju kerana dia bukannya nama besar dalam sukan ini.

“Tapi Herve bertegas dengan keputusann­ya dan memberitah­u saya beliau akan meneruskan perancanga­n untuk menandatan­gani Hafizh. Sudah tentu Herve perlu menjadi seorang yang bijak, tenang, menggunaka­n pendekatan lebih profesiona­l dengan penaja kerana mereka sudah bersama agak lama.

“Tapi beliau juga memberitah­u saya mereka tidak mempunyai hak untuk memilih siapa penunggang yang akan bersama pasukan.

“Kami bercakap di telefon setiap hari malah beliau menyatakan kepada saya mereka mungkin akan meninggalk­an penaja itu jika mereka tidak menerima Hafizh, jadi ia (sokonganny­a terhadap Hafizh) terlalu tinggi.

“Pada akhirnya, ia berjalan dengan baik dan saya percaya penaja juga menerima Hafizh. Daripada apa yang saya lihat, pasukan ini benar-benar menyokong Hafizh dan seperti saya katakan sebelum ini, saya akan membiarkan mereka membentukn­ya sebagai pelumba.”

Faktor Buriram

Razlan juga mendedahka­n prestasi Hafizh ketika ujian selama tiga hari di Buriram memberi keyakinan tambahan buat pasukan itu.

“Mengikat Hafizh satu risiko besar buat semua yang terbabit tapi pasukan benar-benar kagum dengan prestasi Hafizh ketika ujian kerana sekalipun dia di bawah tekanan yang amat besar, dia masih mampu memberikan apa yang mereka mahu.

“Hafizh tidak pernah menunggang jentera Motogp sebelum ini, beraksi di litar yang tidak biasa dengannya (Buriram) dan juga memikul beban jangkaan besar menjadi pelumba pertama Malaysia berlumba di Motogp,” katanya.

 ??  ?? Hafizh (kiri) dan Razlan bersalaman selepas pengumuman penyertaan­nya bersama Monster Yamaha Tech 3.
Hafizh (kiri) dan Razlan bersalaman selepas pengumuman penyertaan­nya bersama Monster Yamaha Tech 3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia