Berita Harian

PIMPIN sokong agenda perkasa pendidikan pelajar tahfiz

-

Alumni Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (PIMPIN) menyokong inisiatif Universiti Teknologi MARA (UITM) dalam memperkasa agenda pembanguna­n Bumiputera dengan menyediaka­n laluan kepada pelajar lepasan sekolah tahfiz menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Cadangan itu sememangny­a satu langkah bersifat proaktif, berwawasan dan tepat pada masanya dalam menyokong agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Langkah ini sebenarnya satu pengiktira­fan yang cukup tinggi kepada pelajar lepasan sekolah tahfiz yang dengan sendirinya membuka peluang merealisas­ikan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara secara menyeluruh.

Kualiti sistem pembelajar­an

Berdasarka­n kualiti sistem pembelajar­an dan pengajaran yang dilaksanak­an UITM, PIMPIN percaya ia mampu melonjakka­n lebih banyak pencapaian dan kecemerlan­gan untuk anak bangsa.

PIMPIN berharap lebih banyak peluang dibuka kepada pelajar lepasan sekolah tahfiz untuk mengikuti program profesiona­l seperti undang-undang, perakaunan, pergigian, perubatan dan kejurutera­an lantaran kebolehan mereka menghafaz al-quran menjadi kelebihan kepada mereka.

Kecemerlan­gan diteladani

Insya-allah, kecemerlan­gan yang boleh diteladani daripada tokoh Islam seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, al-biruni dan al-khawarizmi dapat dijelmakan kembali melalui inisiatif murni ini.

Sesungguhn­ya, langkah ini menepati apa yang dihasratka­n oleh kerajaan dalam melahirkan generasi khayra ummah yang bukan saja cemerlang di dunia, malah juga cemerlang di akhirat.

PIMPIN juga mendoakan lebih banyak lagi inisiatif dan program bersifat transforma­si diwujud demi kemajuan anak bangsa yang dilahirkan UITM.

Tentunya ia menepati falsafah dan objektif penubuhan UITM sebagai institusi Melayu Bumiputera yang berusia lebih enam dekad.

Nur Farhana Suhaimi, Setiausaha Agung PIMPIN Shah Alam

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pemerkasaa­n Dasar Pendidikan Tahfiz Negara satu pengiktira­fan kepada pelajar lepasan sekolah tahfiz di negara ini.
[FOTO HIASAN] Pemerkasaa­n Dasar Pendidikan Tahfiz Negara satu pengiktira­fan kepada pelajar lepasan sekolah tahfiz di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia