Berita Harian

Kenangan baju merah Kak Leha Bunting

-

Antara karakter cukup dikenali di media sosial ketika ini tentu saja Kak Leha Bunting yang dibawakan oleh Faiz Dickie, 30, sejak beberapa tahun lalu.

Bukan sekadar menghiburk­an netizen dengan lawak jenakanya, orang ramai juga mudah mengingati karakter terbabit apabila dia sering mengenakan baju berwarna merah dengan motif bunga putih.

Selain Kak Leha Bunting, Faiz Dickie turut menghidupk­an beberapa watak lain seperti Naabella, Sarabanon, Nurse Puaka dan Qais Wildan.

Menurut pemuda yang dilahirkan dengan nama Mohd Nasrul Faiz Abu Azal ini, baju yang disarungka­n ketika membawakan watak terbabit sememangny­a mempunyai nostalgia tersendiri.

“Ia sebenarnya milik arwah ibu saya, Rainah Md Nor, yang meninggal pada 2009 ketika usianya 60 tahun. Jadi, memang ada sehelai saja dalam simpanan saya ketika ini, sebagai tanda kenangan selepas pemergiann­ya.

“Jika diikutkan, baju itu pun sudah agak lusuh dan hampir koyak kerana banyak kali sangat digunakan. Setiap kali selepas menggunaka­nnya, saya akan basuh. Jadi, selepas lama-lama dipakai, ia pun sudah nak reput,” kata pemenang trofi Personalit­i Popular (kategori online), Anugerah Bintang Popular BH 2014 ini.

Cari baju baharu

Justeru, katanya, dia memang memerlukan bantuan pereka fesyen atau sesiapa saja bagi menghasilk­an semula baju terbabit.

“Kalau diikutkan, memang lama-kelamaan baju itu tidak boleh digunakan lagi. Jika tiada lagi baju merah itu, nampak gayanya takkan ada lagi karakter Kak Leha Bunting,” katanya.

Mengimbas kembali perjalanan Insta Famous ini, semuanya bermula pada 2013.

“Ketika itu, saya masih bertugas sebagai wartawan jenayah di sebuah syarikat penerbitan. Waktu itu, saya hanya melakukann­ya sekadar suka-suka.

“Tidak terfikir langsung saat itu ia akan menjadi kerjaya tetap yang mampu menyara diri dan keluarga. Malah, sejak menjadi Insta Famous, saya lebih menik- mati kehidupan. Saya ada banyak masa lapang yang dapat diisi dengan aktiviti bercuti atau mengembara.

“Kejayaan pada ABPBH 2014 juga menjadi pembakar semangat untuk saya terus melangkah ke depan. Apa yang dilakukan ini bukanlah sesuatu yang sia-sia,” katanya yang kini turut menjalanka­n perniagaan pengurusan acara, selain menjadi pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia