Berita Harian

Manfaat teknologi komunikasi sebar luas skop dakwah Islam

-

“Kemudian tercipta mesin ce tak, televisyen dan kini dunia siber. Tidak ada masalah untuk kita memanfaatk­annya dan sememangny­a sebagai pendakwah, kita digalakkan menguasai ilmu yang mampu membantu usaha dakwah.

“Impak baiknya juga kita boleh lihat yang dakwah dapat dilaksanak­an dengan lebih meluas. Apabila timbul persoalan, kita mudah mendapat maklumat di hujung jari. Sekarang jika nak cari hadis dan dapatkan doa, senang sahaja,” katanya.

Namun, beliau tidak menafikan di sebalik kebaikan teknologi komunikasi itu, terdapat kelemahan yang perlu diberi perhatian supaya matlamat untuk mencari ilmu dan mempelajar­i agama tidak tersasar.

Adab berguru terhakis

Halim berkata, antara kelemahan apabila cenderung mengambil ilmu daripada dunia siber ialah tidak ada lagi adab berguru seperti berjumpa ulama untuk belajar, memakai pakaian yang sesuai dan berwuduk serta memohon keberkatan supaya ilmu dipelajari itu berkat.

Katanya, roh menuntut ilmu juga kurang berbanding dahulu apabila murid perlu sentiasa menjaga diri, adab serta tingkah laku ketika berdepan dengan guru untuk menuntut ilmu.

Berikutan itu, katanya, berdakwah di alam siber hanya boleh menjadi wadah untuk menyampaik­an dan bagi pelayar siber, ia adalah sumber kepada ilmu. Alam siber bukan kaedah belajar nombor satu, sebaliknya hendaklah berguru untuk mempelajar­i ilmu agama.

“Alam siber ini hanyalah tam bahan. Saya tetap galakkan semua untuk memiliki guru sendiri, belajar secara berdepan dan bertanyaka­n soalan bagi mendapat jawapan. Tidak boleh kata guru saya Mr Youtube atau Ustaz Google.

“Perlu ada guru yang bersifat murabbi. Saya sendiri ada murabbi untuk merujuk seperti Ustaz Zul Ramli dan Ustaz Dusuki Abdul Rani. Ada masa, saya jumpa mereka dan ada kala, berkomunik­asi di alam siber,” katanya.

Menjawab persoalan dunia siber dijadikan landasan untuk menjadi terkenal, Halim berkata, tidak salah menggunaka­n populariti untuk Islam, tetapi yang salah ialah hendak popular bukan kerana Allah SWT.

Beliau juga menyangkal interaktif di laman sosial menyebabka­n orang ramai tidak lagi ke masjid atau surau untuk mende ngar kuliah dan pengajian kerana ia adalah alternatif kepada mereka yang kesempitan masa, tetapi tetap ingin menambah pengetahua­n.

“Majlis ilmu sangat baik kerana ada keberkatan, kita beriktikaf di dalam masjid dalam keadaan berwuduk dengan pakaian yang sempurna. Cuma, bagi yang tidak sempat boleh saja melayari internet dan media sosial,” katanya.

Sementara itu, pendakwah yang popular di Youtube, Abdullah Khairi Haroon atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abdullah Khairi, dakwah siber sememangny­a berkesan untuk golongan muda berumur antara 20 hingga 45 tahun.

Beliau berkata, jika pendakwah tidak menggunaka­n kaedah yang lebih dekat dengan golongan berkenaan, dikhuatiri mereka dilalaikan perkara lain. Justeru, sebaiknya pendekatan itu diguna pakai bagi kepentinga­n usaha dakwah.

Perbetul fitnah

Lagipun katanya, berdepan dengan zaman berlakunya banyak fitnah ini, golongan pendakwah perlu menggunaka­n ilmu yang ada dan kemahiran teknologi untuk memperbetu­lkan perkara yang tidak betul.

“Untuk orang muda, pende a tan dakwah menggunaka­n tek nologi komunikasi ini memang berkesan. Maklumat pun mudah disampaika­n. Jika saya ada ceramah, saya akan gunakan Facebook untuk berkongsi maklumat.

“Jika ramai yang ikut di laman sosial, lagi ramai yang datang ke masjid. Selalunya mereka akan datang mengikuti kuliah di masjid walaupun ada kala datang sebab nak tengok penceramah dan nak berselfie,” katanya.

Abdullah Khairi yang juga Pe ngetua Maahad Tahfiz assyafie (MATAS) di Kampung Lubok Me riam, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, berkata, walaupun lebih suka memberi ceramah secara berdepan, peluang memanfaatk­an laman sosial tidak wajar dilepaskan.

Ini kerana berada di sesua tempat mengehadka­n kum an mad’u (penerima dakwah) se dangkan dunia siber memungkin kan masyarakat di seluruh du a mengikuti tazkirah yang disampaika­n pada masa yang sama.

“Apabila kita buat tazkirah se ca a langsung di media sosial kita boleh berinterak­si dan mendapat maklum balas daripada mereka yang sedang menonton. Malah pentadbir akaun kita boleh bertanya keadaan di negara mereka,” katanya.

Dakwah sentap?

Satu lagi pendekatan dakwah yang semakin menarik perhatian ialah dakwah sentap, iaitu tarbiah menggunaka­n katakata sindiran atau dikira ‘makan dalam’ dengan tujuan untuk menyentap yang akhirnya menimbulka­n kesedaran.

Bagi Abdullah Khairi, pendakwah perlu memahami kumpulan sasaran bagi memastikan mesej yang ingin disampaika­n dapat diterima dan memang ada golongan yang menyukai cara penyampaia­n sebegitu.

“Memang ada pengikut yang mahukan tarbiah secara itu, jadi ustaz boleh buat. Kita kena faham kumpulan sasar, ada yang suka penceramah boleh menyanyi, ada yang suka ceramah dan lawak. Tetapi jika ustaz buat lawak tidak ada yang gelak, jangan teruskan. Kena faham mereka yang di depan kita,” katanya.

Berbeza dengan Halim, beliau tidak bersetuju dengan pendekatan dakwah sentap kerana bimbang ia akan membuatkan orang semakin jauh daripada agama.

Katanya, sebaiknya untuk menegur dengan keras, ia tidak dilakukan secara terbuka.

“Saya lebih suka santai, buat orang rasa selesa dan boleh memikirkan apa yang disampaika­n ke ada mereka. Mungkin dia tidak berubah tetapi sekurangku­rangnya dia dengar dan akan terfikir balik nanti,” katanya.

Skop dakwah atau memanggil ke jalan Allah SWT mempunyai kaedah yang luas dan metod pelbagai sesuai dengan kebijaksan­aan pendakwah menyentuh hati kumpulan sasar untuk menerima ilmu yang disampaika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia