Berita Harian

‘Tsunami Melayu’ kawasan 3 penjuru

Kemunculan parti baharu jadi punca berlaku pecah undi

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Fahmy Azril Rosli bhnews@nstp.com.my

‘Tsunami Melayu’ diramal berlaku dalam persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Seorang penganalis­is politik berpendapa­t gelombang itu akibat kemunculan parti baharu serpihan UMNO dan PAS seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menyebabka­n berlaku pecah undi di kawasan yang akan ditandingi tiga blok gabungan parti politik.

Ketua Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata kemunculan parti Melayu baharu membuatkan orang Melayu ada pilihan selain mengundi UMNO dan PAS.

Beliau menjangka walaupun berlaku persaingan tiga penjuru, UMNO atau Barisan Nasional (BN) masih dapat meraih undi sekali gus memenangi kerusi berkenaan.

Raih undi Melayu

“PRU kali ini berbeza dengan sebelumnya. Kali ini, percaturan­nya adalah meraih undi Melayu. Margin (undi) UMNO, BN berskala kecil kerana tiga penjuru akan jadi pertarunga­n sengit.

“Kalau dulu satu lawan satu dengan pengundi Cina dan sebahagian (pengundi) India, ia akan beri undi solid (kukuh) kepada Pakatan Rakyat. Maka sekarang pembangkan­g ada peluang kalau (bertanding) dua penjuru. PAN pengaruh kecil, PPBM pun sama.

“PAN tak boleh tarik undi PAS. PPBM boleh tarik pengundi atas pagar, manakala sebahagian besar kekal dengan PAS dan UMNO. Kalau tiga penjuru, PAS dan UMNO masih boleh kekal pengundiny­a,” katanya selepas sesi pembentang­an kertas kerja pada Persidanga­n Meja Bulat Pra PRU-14 - BN kekal atau...?? di Hotel Istana di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, pertanding­an tiga penjuru dilihat lebih cenderung kepada kemenangan UMNO.

Katanya, ini terbukti ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, menyaksika­n BN menang di dua kawasan berkenaan. Dalam perkembang­an sama, beliau turut meramalkan kemunculan parti Melayu baharu tidak akan memberi kesan terhadap trend pengundian masyarakat Cina pada PRU-14 kerana mereka dilihat cenderung kekal untuk mengundi parti politik yang sama seperti PRU yang lalu.

Berdasarka­n kajian, 106 kerusi kemungkina­n menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru di kawasan majoriti pengundi Melayu pada PRU-14.

Tiga parti utama ditunjangi Melayu, iaitu UMNO, PAS dan PPBM, dijangka bertembung di 44 kerusi Parlimen. Sebanyak 35 kerusi dijangka menyaksika­n persaingan antara UMNO dengan PAS dan PKR, sementara 27 lagi kerusi pertembung­an antara UMNO, PAS dan PAN.

PRU kali ini berbeza dengan sebelumnya. Kali ini, percaturan­nya adalah meraih undi Melayu. Margin (undi) UMNO, BN berskala kecil kerana tiga penjuru akan jadi pertarunga­n sengit” Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Kluster Politik, Keselamata­n dan Hal Ehwal Antarabang­sa Majlis Profesor Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia