Syor sewakan kuarters kosong bantu ringan beban kos sara hidup belia
laporan BH Online pada 17 Februari lalu, sebanyak 2,600 unit kuarters seluruh negara kosong dan tidak berpenghuni.
Jumlah yang dilaporkan itu tidak termasuk kuarters yang dibina kementerian lain, selain Kementerian Pendidikan.
Malah jika dihitung, jumlah kuarters terbiar ini meningkat beberapa kali ganda.
Hal ini menyebabkan pembaziran di peringkat pembinaan hingga ke proses menyelenggara. Antara faktor kekosongan kuarters kerajaan ialah kakitangan mempunyai rumah sendiri dan lokasi yang tidak strategik.
Sehubungan itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis mencadangkan beberapa inisiatif kepada kerajaan untuk menangani isu ini.
Kerajaan atau kementerian wajar tawarkan kuarters kosong kepada golongan belia yang masih belum mempunyai atau memiliki kediaman.
Kurang kos sara hidup
Kerjasama Lautan Biru (NBOS) boleh dilaksanakan dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya pemohon dalam senarai menunggu ditawarkan kuarters yang masih kosong dengan kadar sewa rendah.
Permohonan menyewa kuarters juga perlu diperluas kepada masyarakat awam terutama yang kurang berkemampuan dalam kategori B40.
Satu faktor bebanan kepada belia yang berkeluarga hari ini ialah kos sara hidup yang tinggi. Dengan inisiatif ini, kerajaan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup dengan menawarkan kadar sewa lebih murah, berbanding rumah sewa di luar.
Kami percaya inisiatif ini dapat membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan belia sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap isu golongan muda.
Mohd Aishamuddin Yaakob, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis