FUNGSI PILIHAN RAYA
Pendedahan mengenai proses pemilihan pemimpin, pembentukan kerajaan
Subang Jaya
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan di sesebuah negara berdasarkan proses pemilihan secara sulit, telus dan teratur.
Di Malaysia, proses pengundian yang dijalankan lima tahun sekali itu dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mana keanggotaannya dilantik oleh Yang di-pertuan Agong selepas rundingan bersama Majlis Raja-raja Melayu.
Suruhanjaya itu ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah S26 atau pembangkang.