Berita Harian

Sembunyi kesedihan untuk lihat Elyana pulih

Khairul jaga emosi ketika isteri perlu sokongan lawan kesakitan

- Oleh Feride Hikmet Atak

Meskipun pada permulaan sukar untuk menerima kenyataan isterinya menghidap kanser limfoma, suami Elyana, Khairul Anuar Husin sentiasa mendesak dirinya supaya bangkit dan tidak mengalah dengan takdir yang tertulis.

Khairul yang juga ahli perniagaan sentiasa memujuk diri supaya tidak lemah kerana isterinya memerlukan sokongan untuk terus mengharung­i saat sukar.

“Siapa yang tidak terkejut apabila diberitahu isteri menghidap kanser. Pada mulanya, agak sukar untuk saya menerima kenyataan itu, tetapi hidup perlu diteruskan. Elyana memerlukan sokongan saya dan keluarga untuk bangkit melawan kesakitan.

“Dalam situasi sukar itu, saya cuba letakkan diri paling bawah. Elyana adalah isteri saya dan dia menghadiah­kan saya harta yang paling berharga dalam hidup iaitu anak kami, Cinta Sumaiyah yang kini berusia enam tahun.

“Sudah menjadi tugas dan tanggungja­wab saya untuk menjaganya. Saya faham, meskipun dia kelihatan begitu tenang dan kuat ketika berdepan dengan orang ramai, sesekali hatinya terusik apabila mengenangk­an sakit yang dihadapiny­a,” katanya.

Beri semangat

Ahad lalu, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 30, mengejutka­n ramai apabila membuat pengakuan dirinya adalah penghidap penyakit kanser limfoma tahap empat sejak lima tahun lalu ketika diumumkan tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat

(GV4).

Pengakuan penyanyi

Sulaiman dan itu mengundang simpati ramai, malah Elyana dibanjiri kata semangat daripada insan prihatin yang ingin melihatnya terus kuat melawan ujian berat itu.

Akur ajal dan maut ketentuan Allah, Khairul berkata, dia sentiasa memujuk isterinya supaya menjalani hidup seperti biasa dan tidak terlalu memikirkan kesakitan yang dilaluinya itu. Ketika menerima berita mengejutka­n itu, Elyana baru melahirkan anak sulung mereka.

“Emosi Elyana ketika itu betulbetul terjejas. Banyak perancanga­n ingin dilakukan termasuk kembali menyanyi selepas melahirkan anak, tiba-tiba kami diduga apabila diberitahu dia menghidap kanser. Fikirannya bercelaru dan ketika itu, kami berdepan saat paling sukar dalam hidup.

“Sebagai ketua keluarga, saya cuba berada di sisinya untuk memberikan kata semangat. Hidup perlu diteruskan dan saya tidak boleh menunjukka­n kesedihan kerana Elyana mengharapk­an sokongan untuk kental mengharung­i dugaan,” katanya.

Pesan anak baca al-fatihah

Khairul berkata, dia sentiasa memastikan dirinya memberi kata positif setiap hari kepada Elyana, apatah lagi hati isterinya itu mudah tersentuh.

Malah, kata Khairul, dia juga tidak pernah menyembuny­ikan derita yang ditanggung Elyana daripada pengetahua­n anak mereka dan mula menjelaska­n perkara sebenar ketika usianya memasuki tiga tahun.

“Saya sentiasa berpesan kepada Cinta supaya membacakan surah alFatihah kepada bondanya setiap hari sebelum masuk tidur. Saya memberitah­u Cinta, Allah sentiasa mendengar doanya. Elyana dan Cinta sangat rapat.

“Setiap malam, Cinta akan memeluk bondanya. Alhamdulil­lah, Cinta seperti memahami keadaan ibunya,” katanya.

Khairul bersyukur kerana isterinya itu masih bersemanga­t untuk bekerja. Ketika Elyana menyatakan hasrat untuk menyertai GV4, dia antara penyokong tegar kerana yakin, isterinya akan memberikan persembaha­n sepenuh hati.

“Semua yang dilakukann­ya itu adalah untuk peminat. Setiap kali naik pentas, dia akan tampil bersungguh-sungguh kerana mahu persembaha­nnya itu diingati ramai. Dia sentiasa berusaha mencari kelainan kerana peluang besar seperti itu tidak selalu datang.

“Elyana pernah merancang, sekiranya diberikan rezeki untuk beraksi di final, dia akan mengumumka­n sakitnya itu pada kemuncak acara. Memandang dia tersingkir awal, Elyana memilih untuk mengumumka­n lebih awal supaya semua orang mendapat berita itu serentak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Khairul sentiasa di sisi Elyana ketika harungi saat getir.
Khairul sentiasa di sisi Elyana ketika harungi saat getir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia