Berita Harian

Bukan keputusan terburu-buru

-

jamin kebahagiaa­n?

“Saya pernah melalui kehancuran rumah tangga, membuatkan saya lebih berhati-hati kerana mahu pilihan kali ini bertahan hingga hujung nyawa. Memang wang ringgit dan keselesaan penting dalam hidup, tetapi tiada guna jika hati sering gelisah.

“Saya pilih untuk hidup dengan lelaki biasa dan sederhana kerana itu lebih membahagia­kan,“katanya.

Izreen berkata, mereka sepakat untuk tidak melengah-lengahkan perkara yang baik selepas menda- pat restu keluarga. Baginya, tidak manis jika sering keluar dengan lelaki tanpa ikatan yang sah apatah lagi, pilihannya itu tidak menerima bantahan keluarga.

“Bekas suami juga tidak menghalang keputusan saya, malah yakin Ude mampu bertanggun­g jawab dan menjaga anak kami. Ude melayani dan menyayangi Adrian seperti zuriat sendiri. Tiada apa yang lebih penting melainkan kebahagiaa­n anak saya.

“Meskipun banyak pihak mempertika­i keputusan saya untuk hidup bermadu, saya percaya Allah mempertemu­kan saya dengan lelaki terbaik. Saya tidak risau jika anak di bawah jagaannya kerana Ude boleh memberikan limpahan kasih sayang.

“Benar seperti ungkapan isteri pertama, Ude adalah suami yang baik dan tidak pernah mengabaika­n tanggung jawab terhadap anak. Dia begitu rapat dengan anaknya, malah sentiasa memeluk mereka. Tidak ramai lelaki seperti Ude dan sikapnya itu membuat saya jatuh hati,“katanya.

 ?? [ FOTO IHSAN IZREEN AZMINDA ] ?? Pasangan mempelai bersama bapa dan anak Izreen pada hari pernikahan mereka.
[ FOTO IHSAN IZREEN AZMINDA ] Pasangan mempelai bersama bapa dan anak Izreen pada hari pernikahan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia