Berita Harian

PAS tak kisah kalah pilihan raya: Hadi

Presiden beri penjelasan baiah bukan bertujuan pancing undi, tambah pengikut

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

PAS mengingatk­an wakil rakyatnya supaya berpegang kepada baiah (ikrar setia) selagi pemimpin parti itu mematuhi hukum Allah.

Presidenny­a, Datuk Seri Hadi Awang, berkata baiah bukan bertujuan mencari keredaan manusia, termasuk yang tidak beriman atau semata-mata meramaikan pengikut dan memancing undi semata-mata untuk memenangi pilihan raya.

“Amalan baiah hanya terbatal jika ada pemimpin menentang hukum Allah, bukan disebabkan berbeza pendapat dan pendekatan.

“Kumpulan Islam mengikat diri dengan baiah apabila berasa tidak cukup sekadar bergantung kepada pengetahua­n untuk meningkatk­an ilmu dan mentarbiya­h diri, setia kepada jemaah dan tawaduk mengadap Allah bagi mencari keredaan.

“Sesiapa yang tidak menyempurn­akan baiah, bahaya tidak menyempurn­akan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurn­akan apa yang sudah dibaiah (dijanjikan­nya) kepada Allah, maka Allah akan memberi pahala besar,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tak peduli menang atau kalah

Minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah yang juga Ketua Pembangkan­g Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, mengumumka­n keluar PAS yang disertai sejak 1999 untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, amalan baiah dilakukan oleh sahabat Rasulullah, tabi’in (golongan yang hidup selepas Rasulullah) dan generasi yang menyambung perjuangan Islam.

Beliau berkata, ada pihak menyelewen­g dengan menganggap baiah sekadar cakap manusia yang boleh dipermaink­an sewenang-wenangnya.

Katanya, PAS tidak peduli sama ada menang atau kalah pilihan raya walaupun parti itu bermatlama­t melihat kemenangan di dunia sebelum meraih kejayaan akhirat.

Terima akibat di dunia

“PAS mencari sesiapa yang menerima Islam dan menganuti atau yang menerima pemerintah­an Islam tanpa menganuti secara terbuka, bukannya bersembuny­i tanpa kenyataan yang didengar dan dilihat.

“Golongan Al-sabiqun (lebih banyak berbuat kebaikanny­a) yang awal menyertai PAS lebih yakin apabila melihat sendiri nasib golongan melanggar baiah dan sumpah menjadi calon,” katanya.

“Mereka terbabit sudah menerima akibat di dunia, manakala akibat di akhirat terserah kepada Allah yang menentukan­nya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia