Berita Harian

Sekolah vernakular patut guna bahasa Melayu

-

Kuala Lumpur: Bahasa Melayu dicadangka­n menjadi bahasa pengantar di sekolah vernakular negara ini, bagi memperkasa kefasihan dan penguasaan dalam pelajar dan gurunya.

Cadangan itu disuarakan wakil portfolio Pendidikan, Mohamad Reeza Abd Patah ketika Persidanga­n Kepemimpin­an Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Mohamad Reeza yang juga pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkata cadangan itu bertujuan memperkuku­h semangat patriotism­e dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah vernakular menerusi penguasaan Bahasa Melayu, yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Cadangan ini tidak menghalang pelajar dan guru di sekolah vernakular tidak boleh menutur bahasa ibunda mereka, namun bahasa pengantar di sekolah mereka adalah Bahasa Melayu.

Tingkat pemahaman, penguasaan

“Ini selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang bertitah mengenai kejanggala­n dan ironis jika rakyat Malaysia tidak boleh memahami, bertutur, menulis dan membaca di dalam bahasa kebangsaan.

“Malah, ada Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa kebangsaan hingga jadi bahan ketawa. Bukan tujuan kami mahu meragut hak bangsa lain, namun inilah cara untuk memperbaik­i kelunturan semangat patriotism­e dalam kalangan anak muda,” katanya.

Cadang 40 resolusi

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n usul Kepelbagai­an Aliran Pendidikan Pemangkin kpd Krisis Kelunturan Smgt Patriotism­e Anak Muda pada PEMANAS 5.0 di sini, semalam.

PEMANAS 5.0 menghimpun­kan kira-kira 350 pelajar institusi awam dan swasta, membahaska­n isu dalam aspek pendidikan, agama, ekonomi dan politik pada hari ini dan esok dengan mencadangk­an sekurang-kurangnya 40 resolusi untuk diserahkan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, wakil portfolio Agama, Mohammad Amirul Shafiq Mohd Aznan, berkata institusi raja berupaya memainkan peranan memastikan sikap toleransi antara agama dalam kalangan rakyat di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia