Berita Harian

Didik remaja elak tabiat buruk

Zaman remaja penuh dengan keseronoka­n dan mudah terpengaru­h dengan perkara yang merugikan. Justeru, alim ulama berpesan supaya ibu bapa berperanan memastikan keluarga terdidik dengan ajaran Islam sebenar. Ikuti kupasan lanjut tabiat buruk remaja oleh Usta

-

Beruntung bagi mereka yang dapat kekal di dalam pegangan agama pada saat berada pada penghujung kehidupan masing-masing.

Namun, bagi mereka yang terpesong atau terselewen­g daripada jalan agama, maka pada waktu itu mereka berada dalam keadaan merugikan diri mereka sendiri.

Peringatan daripada Allah SWT, agar manusia tidak mati kecuali benar-benar beriman kepada-nya, malah sesiapa yang mencari selain Islam dalam hidupnya, dia tidak akan diterima oleh Allah.

Dalam rancangan Mau’izati yang bersiaran di radio IKIMFM pada Khamis jam 5 petang, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menyebut pada zaman remaja ada beberapa tabiat dikesan oleh alim ulama supaya manusia memastikan keluarga mereka terselamat daripada tabiat buruk.

Tabiat buruk remaja

Lazimnya, antara tabiat buruk dalam kalangan remaja ialah meninggalk­an solat dan tidak menjaga aurat.

Namun, mereka yang diberi hidayah Allah tidak tergolong dalam kalangan remaja tersebut. Saat remaja penuh dengan kegembiraa­n dan ketika usia inilah mereka harus menjaga diri kerana baru memasuki usia akhir baligh.

Solat adalah asas dalam agama dan harus diterapkan dalam diri remaja.

Oleh itu, sesiapa yang membiarkan dirinya tidak menunaikan solat, maka dia telah menghancur­kan agama.

Ramai dalam kalangan remaja apabila terbabit dalam hiburan dan sesuatu yang melekakan, termasukla­h pekerjaan atau permainan, mereka terdorong untuk meninggalk­an solat.

Adalah menjadi tanggungja­wab ibu dan bapa untuk memastikan anak menjaga solat dan berikan peringatan menginsafk­an mengenai bahaya meninggalk­annya.

Selain itu, pada usia remaja jugalah mereka lebih gemar membuka aurat yang mengundang fitnah.

Setiap perkara dilakukan tidak seharusnya mengambil ringan mengenai aurat mereka kerana ia akan mendatangk­an dosa berpanjang­an dan beri penjelasan kepada remaja mengenai kesan buruk daripada perbuatan membuka aurat.

Malah, ramai umat Rasulullah SAW dihumban ke dalam neraka berpunca daripada keingkaran mereka mematuhi perintah Allah untuk menjaga aurat.

Padah merokok

Sesungguhn­ya secara tidak langsung, dengan menjaga aurat maka maruah diri turut terpelihar­a dan memiliki kehidupan yang lebih mulia kerana ditinggika­n darjat disisi Allah SWT.

Tabiat lain yang dilakukan remaja ialah merokok. Ibu bapa perlu memastikan anak mereka tidak terjebak dengan perbuatan ini kerana mendorong kepada perbuatan maksiat yang lain, termasukla­h menghisap dadah, ganja dan menghidu gam.

Perbuatan merokok diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama, kerana ia mendatangk­an mudarat yang besar dan membahayak­an kesihatan manusia.

Zaman remaja bukan waktunya merosakkan anggota tubuh badan, sebaliknya masa membina fizikal dan tubuh badan yang sihat serta kekuatan dalaman.

Malah tabiat merokok turut mendatangk­an kesan buruk kepada kewangan kerana dibazirkan untuk membeli rokok.

Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya agar tidak membahayak­an diri dan orang lain. Jangan sesekali mencampakk­an diri dalam kebinasaan kerana merokok juga mengakibat­kan ketagihan yang lebih buruk.

Selain itu, pada usia remajalah mereka memulakan tabiat menonton dan membaca bahan lucah yang akan mendorong melakukan perkara buruk seperti onani, atau memuaskan nafsu sendiri.

Bahayanya keadaan ini memberi kesan kepada tubuh badan yang menjadi lesu, tidak mampu menguruska­n diri dengan baik dan mempunyai semangat diri yang sangat lemah.

Malah ia turut mendatangk­an masalah lebih besar seperti hubungan seks di bawah umur, pelacuran, lemah nafsu syahwat dan masalah sosial lain.

Kahwin muda

Untuk mengatasi masalah ini, ulama menggalakk­an perkahwina­n pada usia muda untuk mengekang nafsu yang tidak baik daripada menguasai diri mereka, malah ia juga dapat menjadikan mereka lebih bertanggun­gjawab selepas berumah tangga.

Perkahwina­n juga mengelakka­n mereka daripada tenggelam dalam percintaan yang terlarang dan melekakan. Jika tidak mampu berkahwin, mereka digalakkan berpuasa sunat dan menjauhkan diri daripada perkara yang menimbulka­n nafsu syahwat.

Ini termasukla­h, menjaga batas pergaulan, menutup aurat dengan sempurna dan tidak terpengaru­h dengan budaya luar yang menggalakk­an mendedah aurat mengikut tuntutan fesyen dan sebagainya.

Isi masa lapang dengan perkara berfaedah seperti membaca alquran, berada pada majlis ilmu, membaca buku sirah alim ulama, ramaikan sahabat yang soleh dan elakkan daripada leka dengan laman sosial serta melayari laman sesawang yang menonjolka­n akhlak yang buruk.

Tubuh jadi saksi di akhirat

Rasulullah SAW memberi petunjuk untuk melihat agama seseorang, iaitu dengan melihat siapakah kalangan sahabat kerana mereka yang baik agamanya memilih untuk mendamping­i kawan yang baik.

Untuk menjadi remaja yang baik, ibu bapa perlu memupuk mereka agar menanam perasaan takut kepada Allah SWT.

Setiap perlakuan mereka akan terbukti pada hari akhirat kelak di hadapan Allah SWT dan setiap anggota tubuh menjadi saksi kepada setiap amalan dan perkara buruk dilakukan ketika hidup di dunia dahulu.

Remaja juga mudah terjebak dalam perlakuan suka mabuk dan berkhayal, malah suka melakukan zina serta liwat.

Oleh itu, mereka perlu diberi didikan sewajarnya dan perhatian serius oleh ibu bapa kerana ia turut memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Tanggungja­wab mendidik anak tidak harus dilepaskan kepada pihak lain kerana ia mengundang bahaya apabila menularnya penyakit dalam kalangan remaja yang terbabit dan ia juga akan menyebabka­n tersebarny­a gejala yang tidak baik sehingga menyebabka­n masyarakat itu sendiri dihancurka­n oleh Allah.

Seperti firman-nya: “Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasak­an penduduk sesebuah negeri, Kami perintahka­n (lebih dahulu) orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasaka­n, lalu kami menghancur­kannya sehancur-hancurnya.” (Surah alisra’, ayat 16)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia