Berita Harian

Malaysia anjurkan sidang kemuncak dunia seni

-

Kuala Lumpur: Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk Sidang Kemuncak Dunia Seni dan Budaya kali kelapan pada Mac 2019.

Sidang kemuncak bertemakan Minda Mobil: Budaya, Ilmu dan Perubahan itu dijangka berlangsun­g selama empat hari bermula 11 Mac tahun depan.

Ia dikelolaka­n secara bersama oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Persekutua­n Agensi Seni dan Budaya Antarabang­sa (IFACCA).

Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli, berkata sidang kemuncak itu akan dihadiri wakil 73 negara anggota IFACCA dan platfrom terbaik untuk menghimpun­kan pembuat dasar, pengurus seni juga penyelidik dan pemain utama dunia kebudayaan dan kesenian.

“Tidak dinafikan, Malaysia pernah berhadapan isu berhubung penghargaa­n terhadap hasil seni dan budaya apabila karya seni Seniman Negara, Allahyarha­m Syed Ahmad Jamal, Puncak Purnama dirobohkan pada Julai tahun lalu.

Didik pembuat polisi, pengurus seni

“Kita mengharapk­an dengan menjadi tuan rumah kepada persidanga­n seni dan budaya dunia, kita mampu mendidik dan membuka mata pembuat polisi dan pengurus seni di Malaysia mengenai isuisu begini,” katanya dalam sidang media di sini. Yang turut hadir Pengerusi IFACCA, Stephen Wainwright dan Pengarah Eksekutifn­ya, Magdalena Moreno Mujica.

IFACCA ialah rangkaian global membabitka­n kementeria­n kebudayaan di 70 negara, manakala Sidang Kemuncak Dunia Seni dan Budaya diadakan setiap tiga tahun sekali. Pada tahun lalu, ia diadakan di Malta dan Chile (2014).

 ??  ?? Norliza Rofli
Norliza Rofli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia