Berita Harian

72 tukang sulam hasil alas meja terpanjang

Ambil masa lapan bulan untuk siap, guna teknik jahitan krusye

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Seramai 72 tukang sulam dari seluruh negara bergabung tenaga menghasilk­an alas meja terpanjang, 783 meter dan direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menggunaka­n teknik jahitan krusye (crochet).

Ketua projek, Abdul Syukor Ismail, berkata kerja menghasilk­an alas meja itu siap sepenuh dalam tempoh lapan bulan yang dimulakan, pada 22 Mac sehingga 24 November lalu.

Katanya, kos perbelanja­an alas meja itu mencecah RM52,000 yang menggunaka­n rekaan sulaman krusye sepanjang 783 meter (m) dan kelebaran 70 m.

“Kejayaan ini melambangk­an kerjasama pelbagai peringkat umur yang meminati sulaman tradisiona­l,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH sempena Festival Kraf Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 (KLCIF), di Putrajaya baru-baru ini.

Sijil penghargaa­n diserahkan wakil MBOR, Nurasyikin Ramli, kepada Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail.

Sekadar suka-suka

Idea menghasilk­an sulaman krusye itu asalnya hanya suka-suka dicetuskan dalam kalangan tukang jahit bagi menampilka­n kelainan.

Shukor berkata, setiap peserta menghasilk­an lapan hingga 10 meter alas meja dengan menggunaka­n perbelanja­an sendiri, iaitu RM600, kemudian dicantumka­n dengan yang lain.

Beliau yang juga tenaga pengajar sulaman, berkata hasrat menghasilk­an alas meja itu diuar-uarkan menerusi media sosial Facebook dan berjaya mengumpul peserta dari seluruh negara.

“Alas meja dihasilkan ini dilerai semula untuk dijadikan produk lain seperti selimut, sarung bantal dan alas tilam sebelum dijual kepada orang yang berminat,” katanya.

Peserta dari Tuaran Sabah, Nuramah Watuna, 63, berkata cabaran mereka adalah mendapatka­n benang berkualiti kerana hanya dijual di tempat tertentu dengan jumlah yang sangat terhad di pasaran.

Namun, tambah beliau, kesukaran untuk mendapatka­nnya dan harga lebih mahal berbanding di Semenanjun­g tidak menghalang usaha mereka untuk menjayakan program berkenaan.

Katanya, beliau meminati krusye sejak dari usia remaja lagi dan selain dapat mengisi masa lapang, ia turut menjana pendapatan tambahan untuk keluarga.

“Walaupun hasil seni ini semakin dipinggirk­an, masih ramai golongan muda yang menceburin­ya termasuk mempunyai peminat tersendiri yang memilih seni ini sebagai perhiasan rumah,” katanya yang juga pesara Jabatan Perhutanan Sandakan.

Sementara itu, Pengurus Pentadbira­n syarikat swasta dari Seremban, Negeri Sembilan, Esah Ahmad, 63, berkata program yang disertainy­a itu mengeratka­n hubungan yang selama ini hanya berhubung dan bertukar idea melalui laman sosial.

Esah berkata, kemahiran seni krusey itu diwarisi dari ibunya sejak berumur sembilan tahun lagi dan kebanyakan bahan yang dihasilkan digunakan bagi kegunaan sendiri.

 ?? [FOTO SAMADI AHMAD/BH] ?? Peserta menunjukka­n krusye alas meja yang dihasilkan pada Festival Kraf Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 (KLCIF) di Dataran Putrajaya, semalam.
[FOTO SAMADI AHMAD/BH] Peserta menunjukka­n krusye alas meja yang dihasilkan pada Festival Kraf Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 (KLCIF) di Dataran Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia