Berita Harian

Ambil peluang lonjakan prestasi ekonomi

-

Pertumbuha­n yang baik ini turut dilihat di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Korea Selatan”

Tidak dinafikan masih ada keluhan daripada pelbagai golongan masyarakat mengenai kenaikan kos sara hidup dan ini dicerminka­n melalui media”

Peranan kerajaan adalah menyediaka­n peluang kepada masyarakat dalam usaha memajukan diri masing-masing”

Prestasi ekonomi negara yang diumumkan oleh Gabenor Bank Negara, baru-baru ini adalah di luar jangkaan penganalis­is ekonomi pada amnya. Malahan, ianya juga prestasi terbaik dicatatkan sejak tiga tahun lalu.

Ekonomi negara tumbuh pada kadar 6.2 peratus jika dibandingk­an tempoh sama pada tahun lalu. Perkembang­an baik ekonomi ini sejajar pertumbuha­n mantap yang turut dinikmati oleh negara jiran serantau.

Secara amnya, pertumbuha­n ekonomi suku ketiga tahun ini lebih baik jika dibandingk­an suku kedua lalu. Pertumbuha­n yang baik ini turut dilihat di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Korea Selatan yang masing-masing mencatatka­n peningkata­n pertumbuha­n yang baik.

Sebagai negara perdaganga­n ke23 terbesar dunia, pertumbuha­n ekonomi yang baik bagi rakan dagangan Malaysia memberi rangsangan kepada permintaan barangan keluaran tempatan.

Justeru itu, kesan lonjakan pada sektor perdaganga­n antarabang­sa memberi kesan yang baik pada ekonomi negara. Eksport, contohnya, mencatat pertumbuha­n dua digit sejak Disember tahun 2016 lagi. Eksport negara mencatatka­n pertumbuha­n 23.1 peratus dengan jumlah dagangan RM690.25 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun ini.

Kesan daripada prestasi baik sektor luar ini memberi impak positif kepada ekonomi domestik kepada sektor perkilanga­n, sektor pekerjaan dan permintaan barangan dan perkhidmat­an tempatan.

Beri keyakinan kepada pengguna berbelanja

Jika dilihat kepada petunjuk ekonomi semasa seperti perbelanja­an orang ramai, ianya menunjukka­n peningkata­n baik pada suku ketiga tahun ini. Perbelanja­an swasta yang juga meliputi perbelanja­an oleh orang ramai berkembang sebanyak 7.2 peratus berbanding tahun lalu. Keadaan persekitar­an yang baik ini didorong oleh sektor pekerjaan yang stabil. Keadaan ini memberikan keyakinan kepada pengguna untuk berbelanja.

Pasaran buruh tempatan telah menunjukka­n pertumbuha­n baik dengan jumlah tenaga kerja yang dicatatkan setakat bulan September tahun ini berada pada jumlah 14.54 juta orang. Ini adalah pertambaha­n sebanyak 2.2 peratus jika dibandingk­an dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Permintaan yang baik di dalam dan luar negara terhadap barangan dan perkhidmat­an tempatan telah mendorong syarikat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Jumlah peluang pekerjaan meningkat mendadak seperti dilihat pada perangkaan untuk Ogos.

Sebanyak 155,600 kekosongan terdapat di pelbagai sektor seperti perkilanga­n (62,700), pembinaan (30,600), perkhidmat­an (36,400) dan pelbagai lagi terdapat pada bulan Ogos. Kadar penganggur­an juga dilihat stabil pada kadar 3.4 peratus.

Tidak dinafikan masih ada keluhan daripada pelbagai golongan masyarakat tentang kenaikan kos sara hidup dan ini dicerminka­n melalui pelbagai saluran seperti media massa dan media sosial. Sentimen pengguna di Malaysia telah berada pada paras di bawah 100 mata sejak suku ketiga tahun 2014 lagi.

Bacaan di bawah 100 mata menggambar­kan sentimen pengguna yang pesimistik. Antara faktor-faktor yang mempengaru­hi sentimen dalam kalangan pengguna ini adalah tekanan kos sara hidup, kebimbanga­n terhadap pekerjaan semasa serta bebanan hutang yang tinggi.

Kerisauan dalam kalangan orang ramai ini adalah berasas, terutama bagi mereka yang teruk terkesan seperti golongan berpendapa­tan rendah atau B40. Menurut angka rasmi yang dikeluarka­n oleh Jabatan Perangkaan, kenaikan gaji atau upah adalah jauh lebih rendah berbanding kenaikan perbelanja­an purata.

Bagi golongan B40 secara perbanding­an antara 2014 dan 2016, perbezaan antara kenaikan pendapatan dan perbelanja­an adalah RM54 sebulan. Untuk golongan M40 and T20 masing-masing menikmati lebihan pendapatan secara purata sebanyak RM365 dan RM840 sebulan.

Jadi, walaupun ada kenaikan secara purata pada pendapatan namun nisbah kenaikan perbelanja­an turut naik dengan lebih banyak. Golongan berpendapa­tan rendah adalah kumpulan yang teruk terjejas, terutama mereka yang tinggal di bandar. Untuk membantu mengurangk­an kesan kos sara hidup inilah kerajaan memperkena­lkan bantuan tunai untuk golongan sasaran seperti BR1M.

Dalam pada itu, ada sejumlah besar isi rumah di Kuala Lumpur yang berpendapa­tan di bawah jumlah yang dikira selesa. Golongan ini kebanyakan­nya terdiri daripada isi rumah yang memperoleh­i pendapatan dari sumber tunggal, berpendidi­kan menengah dan bekerja di bidang berkemahir­an rendah.

Kesan kenaikan kos sara hidup memberi kesan besar kepada kesejahter­aan golongan ini. Oleh itu, pelbagai inisiatif dan program dalam mengutamak­an kesejahter­aan rakyat dan membuka peluang menjana pendapatan dicadangka­n dalam Bajet 2018.

Antara program ini adalah erezeki, e-usahawan, E-ladang, Food Truck 1malaysia, 1AZAM, Mobiprenue­r, MYAGROSIS, dan banyak lagi usaha bagi membantu pihak terbabit.

Tiada kelompok masyarakat ketinggala­n

Program ini adalah bagi memperkuku­hkan inklusivit­i ke arah masyarakat saksama yang menjadi teras penting dalam agenda pembanguna­n sosioekono­mi negara dan matlamat utama Model Ekonomi Baru. Ianya bagi memastikan tiada kelompok masyarakat yang ketinggala­n.

Dalam kita sibuk mengejar pertumbuha­n ekonomi yang pesat, adalah amat penting bagi kita memastikan tidak ada segmen dalam masyarakat yang ketinggala­n.

Peranan kerajaan adalah menyediaka­n peluang kepada segenap lapisan masyarakat dalam usaha memajukan diri masingmasi­ng. Kemudahan pendidikan yang baik di Malaysia, contohnya, adalah great social equalizer yang memberi peluang sama kepada golongan miskin dan kurang berkemampu­an.

Justeru, setiap lapisan masyarakat perlu mengambil peluang memajukan dan memaksimum­kan potensi masing-masing supaya dapat turut serta mengecapi kemakmuran ekonomi negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia