Berita Harian

MANTAP jadi saluran BN dekati generasi muda

-

Kuala Lumpur: Peserta Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) VII akan digerakkan bagi mendekati generasi muda dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kumpulan besar peserta MANTAP juga adalah usaha meremajaka­n BN ketika ada pihak mendakwa ia adalah parti lama.

Sampaikan mesej BN

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO berkata masyarakat harus sedar kaedah dan corak kepemimpin­an pemimpin BN sejak 1973 adalah silih berganti serta berbeza-beza walaupun parti itu lama memerintah

“MANTAP harus mendekati golongan muda kerana jiwa mereka ada persamaan. Golongan muda yang menjadi tanggungja­wab MANTAP untuk sampaikan mesej BN adalah kelompok yang 16 hingga 25 peratus berusia 25 hingga 21 tahun.

“Kita akan meremajaka­n umur pemimpin tetapi buktikan dahulu dengan kita menang PRU-14. Untuk jadi pemimpin, kita kena ada daya tahan lama, bukan macam sesetengah ‘bahtera’ (parti) yang ada enam nakhoda tetapi tiada hala tuju,” katanya ketika Majlis Penutup MANTAP VII, di Parlimen, semalam.

Ahmad Zahid mengumumka­n ahli MANTAP akan diiktiraf sebagai ahli MANTAP sepanjang hayat bermula hari ini.

Beliau turut menyeru MANTAP diteruskan pelaksanaa­nnya selepas ini menerusi program mengikut kawasan Parlimen masing-masing.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan untuk membantu sekretaria­t MANTAP mencari jalan menyambung elaun gerak kerjanya.

Terima sambutan memberangs­angkan

Ahmad Zahid berkata MANTAP bekerja untuk memenangka­n calon kerana peserta MANTAP itu sendiri bakal menjadi pemimpin pada masa depan.

Seramai 100 graduan dipilih menyertai MANTAP VII menjalani latihan selama seminggu bersama Ahli Parlimen BN bagi memahami dan mempelajar­i usaha kerajaan mendekati rakyat serta tugas Ahli Parlimen.

Program edisi ketujuh itu mendapat sambutan memberangs­angkan dengan menerima 1,368 permohonan dan daripada jumlah itu, hanya 150 pelajar menjalani saringan kedua sebelum 100 peserta terbaik dipilih.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Ahmad Zahid beramah mesra bersama peserta MANTAP VII di Parlimen, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Ahmad Zahid beramah mesra bersama peserta MANTAP VII di Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia