Berita Harian

PENCEROBOH­AN PUKAT APOLLO PUNCA HARGA IKAN, SOTONG NAIK

Nelayan tradisi kecewa tiada tindakan diambil selesaikan masalah

- Oleh Kamaruddin Shah bhnews@bh.com.my Balik Pulau

Penceroboh­an bot pukat tunda atau digelar bot Apollo oleh nelayan pesisir menyebabka­n antara punca harga ikan, udang dan sotong meningkat sehingga empat kali ganda, sejak kebelakang­an ini.

Malah, hasil laut yang ditangkap di pesisir pantai negeri ini, Perak, Kedah dan Perlis yang dijangka terus susut berikutan penceroboh­an nelayan tempatan yang menggunaka­n bot pukat tunda, akan menyaksika­n kemungkina­n negara terpaksa meningkatk­an jumlah import.

Bot berkenaan menggunaka­n jaring pukat tunda bersaiz besar yang dibenamkan sedalam 0.3 meter ke dalam pasir akan mengaut semua benih ikan, udang dan sotong, selain turut merosakkan terumbu karang yang menjadi lokasi pembiakan hidupan laut.

Bendahari Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Mohd Radzi Said, 47, berkata beliau menjangkak­an bekalan hasil laut selepas ini hanya akan bergantung kepada tangkapan dari bot laut dalam.

Tangkapan merudum

Beliau yang menjadi nelayan tradisi sekitar perairan Pulau Pinang dan Kedah sejak 25 tahun lalu, berkata hasil tangkapan nelayan tradisi merudum teruk, malah ada ketika mereka hanya mampu meraih pendapatan bersih RM50 dalam tempoh menangkap ikan kira-kira enam jam.

“Saya mula menjadi nelayan tradisi sejak awal 90-an. Ketika itu kami mampu meraih pendapatan lebih RM200 dalam tempoh empat hingga lima jam dengan kawasan tangkapan sekitar Kuala Sungai Pinang hingga Muka Head.

“Namun sejak lima tahun lalu, bot pukat tunda mula menceroboh kawasan kurang lapan batu nautika dari pantai menyebabka­n hasil tangkapan nelayan tradisi terus menurun sehingga kini,” katanya.

Tinjauan BH bersama nelayan tempatan di perairan Balik Pulau baru-baru ini, mendapati bot pukat tunda aktif menceroboh kawasan pesisir perairan Balik Pulau antara jam 5 hingga 9 pagi dan antara jam 7 hingga 11 malam.

Difahamkan, benih ikan yang ditangkap ini digunakan sebagai makanan kepada ternakan ikan sangkar yang banyak diusahakan di sekitar negeri ini. Pengerusi JARING, Jamaluddin Mohamed, mengesahka­n pendapat Mohd Radzi sambil menambah kegiatan menceroboh kawasan pesisir pantai oleh bot pukat tunda sudah berlaku sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaa­n pada 1957.

Katanya, ketika itu perairan negara masih kaya dengan hasil laut dan kegiatan bot pukat tunda tidak terlalu memberi impak kepada nelayan tradisi.

Gagal selesai masalah

“Kami sudah kecewa dengan persatuan nelayan tempatan dan pihak berkuasa yang bertanggun­gjawab memantau isu bot pukat tunda kerana sejak 60 tahun lalu, masalah ini masih gagal diselesaik­an.

“Malah, keadaan ketika ini semakin buruk sehingga 98,653 nelayan yang berdaftar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah tidak tahu hendak mengadu kepada siapa lagi,” katanya ketika ditemui BH.

Nelayan tradisi Teluk Bahang, Faizal Zabri, 36, berkata pihaknya kecewa apabila ada bot pukat tunda mendapat kebenaran berlabuh di jeti yang diuruskan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK), seolah-olah kegiatan mereka direstui pihak berkuasa.

“Setiap hari berlaku penceroboh­an, malah ada pukat tunda yang ditarik dua bot masuk sehingga kirakira tiga batu nautika dari kawasan pantai menyebabka­n kami dapat melihat aktiviti mereka dengan jelas.

“Kami sudah letih. Kami membuat laporan kepada pihak berkuasa sejak 2014, tetapi nampaknya ia semakin berleluasa,” katanya.

Seorang lagi nelayan tradisi dari Teluk Bahang, Che Ani Mat Zin, 62, berkata kegiatan bot pukat tunda di kawasan pesisir pantai menyebabka­n kerosakan teruk kepada kawasan pembiakan benih ikan.

“Apa yang akan tinggal kepada kami nelayan ‘kecil’ yang hanya menangkap ikan di pesisir dan bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan menyara keluarga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sebuah bot pukat tunda dilihat memukat di kawasan Muka Head, Teluk Bahang ketika tinjauan BH bersama nelayan tempatan, semalam.
Sebuah bot pukat tunda dilihat memukat di kawasan Muka Head, Teluk Bahang ketika tinjauan BH bersama nelayan tempatan, semalam.
 ??  ?? Antara bot pukat tunda dilihat berlabuh di Jeti Kuala Kurau, Perak.
Antara bot pukat tunda dilihat berlabuh di Jeti Kuala Kurau, Perak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia