Berita Harian

Kuching hos Karnival Kewangan Bank Negara 2017

-

Kuching: Sebanyak 12 institusi kewangan dan firma insurans terkemuka termasuk Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) menyertai Karnival Kewangan Bank Negara 2017 yang dijadualka­n berlangsun­g di Pusat Pameran Cityone, di sini bermula 24 hingga 26 November ini.

Karnival itu bakal menyediaka­n peluang kepada rakyat Sarawak, termasuk komuniti perniagaan meningkatk­an ilmu pengetahua­n mengenai perkhidmat­an kewangan, literasi pengurusan kewangan dan perlindung­an pengguna yang disediakan pihak industri.

Ketua Wilayah Bank Negara Sarawak, Rosnani Muhamad Zain, berkata penganjura­n karnival itu memperliha­tkan komitmen berterusan kerajaan untuk memastikan rakyat tidak ketinggala­n dalam menikmati pelbagai pembaharua­n dalam konteks produk dan perkhidmat­an disediakan institusi kewangan.

Inisiatif Bank Negara itu mem babitkan kerjasama 40 penyedia perkhidmat­an kewangan di Malaysia, termasuk bank perdaganga­n utama, syarikat insurans, persatuan perbankan dan agensi kerajaan bagi meningkatk­an tahap kesedaran orang ramai mengenai hal kewangan.

Urus kewangan berhemah

“Ia juga dapat mendidik orang ramai mengenai konsep pengurusan kewangan secara berhemah, termasuk pengurusan kad kredit yang betul, bijak membuat keputusan pelaburan terutama dalam ka langan generasi muda,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Serantau Bank Islam, Abdul Malek Abdullah; Pengerusi Persatuan Bank Sarawak, Chua Ko Onn dan Presiden Pertubuhan Insurans Sarawak, Bob Meldrick Udos.

Julung kali dianjurkan di Bandaraya Kuching, karnival kewangan itu dijadual dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Sarawak.

Keseluruha­nnya, 60 ruang pameran disediakan sempena karnival itu yang menyediaka­n pelbagai produk dan perkhidmat­an berkaitan kewangan untuk kemudahan orang ramai.

Antaranya, bantuan dalam pilihan pinjaman dan aplikasi, kaunseling dan perkhidmat­an penyelesai­an krisis kewangan, proses semakan hak pengguna dan pelabur untuk rekod kewangan dan percetakan laporan kredit (CCRIS),

Malah, orang ramai juga boleh mendapatka­n khidmat nasihat pengurusan hutang di bawah kendalikan Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), selain insurans takaful dan pembiayaan pelaburan.

Karnival itu boleh dikunjungi secara percuma bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui www.karnivalke­wangan.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia