Berita Harian

Kerjasama tingkat pelancong ke Sabah

MAB London, STB lancar Promosi Kempen Digital tahun depan

- Oleh Suzianah Jiffar

Malaysia Airlines Berhad (MAB) di London dan Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) menandatan­gani kempen kerjasama bagi meningkatk­an kedatangan pelancong ke Sabah.

Bagi merealisas­ikannya, MAB London pada tahun depan akan mengadakan beberapa siri perdaganga­n dan aktiviti pengguna untuk mempromosi Sabah dan Malaysia menerusi Promosi Kempen Digital.

Promosi dijalankan di portal talian penerbanga­n Malaysia, United Kingdom (UK) dan ne gara Kesatuan Eropah (EU) menerusi kerjasama dengan Kuoni dan rakan perdaganga­n pelanconga­n bagi melancarka­n laluan dengan pesawat Airbus A350.

Majlis menandatan­gani perjanjian itu dimeterai antara Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Pengurus MAB di UK, Ireland, Eropah dan Amerika Utara, Adrian Keating di London, semalam.

Peningkata­n ketara

Masidi berkata, kerjasama itu akan memberi lebih banyak peluang dalam meningkatk­an kedatangan pelancong dan ahli perniagaan dari UK dan Ireland ke Sabah.

“Berdasarka­n statistik oleh STB, jumlah ketibaan pelancong dari pasaran utama ini adalah seramai 35,901 pada 2016, meningkat tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kedatangan pelancong antarabang­sa secara keseluruha­nnya lebih 1.1 juta pada 2016, sekali gus peningkata­n ketara 15.4 peratus berbanding pada 2015,” katanya.

Yang turut hadir ialah Timbalan Pengurus Besar STB, Suzaini Sabdin; Pembantu Pengurus Pemasaran STB (UK, Eropah dan pasaran Amerika Syarikat), Daniel Roman.

Delegasi rombongan diketuai Masidi turut disertai Borneo Nature Tours, Borneo Adventures, Shangrila Rasa Ria, Rustic Borneo, dan Borneo Sandakan Tours.

Menerusi MAB, kedatangan pelancong ke Kota Kinabalu pula meningkat 57 peratus bagi Januari hingga September tahun ini dengan 10,523 ketibaan berbanding tempoh sama pada 2016.

Sementara itu, Adrian berkata, pihaknya gembira menerusi pembaharua­n perjanjian dengan STB bagi membantu mempromosi­kan tempat menarik yang ditawarkan di Sabah.

“Sama ada mahu menjelajah Gunung Kinabalu atau berehat di pantai yang indah, Sabah adalah tempat sempurna untuk memulakan penerokaan Malaysia,” katanya.

World Travel Market London adalah acara global yang terkemuka dengan lebih 5,000 pameran destinasi diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia