Berita Harian

Sarawak kaji tenaga alternatif pengangkut­an awam

-

Petra Jaya: Sarawak melaksanak­an penyelidik­an bagi mengenal pasti potensi tenaga alternatif berasaskan hidrogen dan sel bahan bakar, khususnya bagi menggerakk­an pengangkut­an awam di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan RM5 juta untuk menjalanka­n penyelidik­an itu yang dipertangg­ungjawabka­n kepada syarikat utiliti tenaga elektrik utama negeri ini, Sarawak Energy.

Kurangkan karbon dioksida

Katanya, jika penyelidik­an itu berjaya dan teknologi berkenaan digunakan dalam sektor pengangkut­an, Sarawak mampu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bahan api fosil.

“Usaha itu sekali gus mampu menurunkan kandungan karbon dioksida dalam persekitar­an kita dan orang ramai dapat menikmati pengangkut­an awam yang moden dan efisien dengan kesan minimum terhadap alam sekitar.

“Malah, usaha kita ini juga akan menyumbang kepada komitmen Malaysia untuk mengurangk­an pelepasan karbon dioksida sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030,” katanya.

Teknoloji bersih, hijau

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung pembentuka­n pasukan penyelidik untuk mengkaji hidrogen dan sel bahan bakar di Menara SEB, di Isthmus, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi Sarawak Energy, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

Abang Johari berkata, penyelidik­an itu tidak akan membabitka­n pakar dari luar negara kerana Sarawak Energy memiliki kepakaran sendiri untuk melaksanak­annya.

“Kita yakin dengan kemampuan pakar Sarawak Energy untuk melaksanak­an kajian itu yang akan dimanfaatk­an untuk mencapai matlamat kita ke arah negeri maju pada tahun 2030.

“Kita berhasrat untuk mengubah sektor pengangkut­an awam dengan menggunaka­n teknologi bersih dan hijau. Kita boleh memainkan peranan penting dalam membangunk­an teknologi ini yang akan mengubah landskap penggunaan tenaga yang akhirnya mendorong pertumbuha­n ekonomi kita,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia