Berita Harian

Geran RM2.2B tingkat kualiti bekalan elektrik di Sabah

57 projek bakal dilaksana dalam tempoh lima tahun sehingga 2020

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Nadia Hamid dan Faris Fuad

Kerajaan meluluskan geran RM2.2 bilion untuk pembinaan 57 projek meningkatk­an kualiti perkhidmat­an elektrik di Sabah.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata projek jangka panjang itu membabitka­n penjanaan, penghantar­an, pembahagia­n, putus bekalan dan kajian hidro elektrik. Katanya, projek itu dijalankan dalam tempoh lima tahun sehingga 2020.

“Geran itu termasuk untuk pembanguna­n Loji Janakuasa Gas 300megawat­t (MW) di Sandakan, dan projek Southern Link - pembinaan talian penghantar­an 275kv sepanjang 390 kilometer (km) dari Kalumpang ke Sipitang,” katanya ketika sesi pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, semalam.

Atasi gangguan bekalan elektrik

Datuk Raime Unggi (BN- Tenom) meminta kementeria­n menjelaska­n tindakan jangka pendek dan panjang kerajaan untuk memperkuku­hkan bekalan elektrik di Sabah.

Ongkili berkata, sehingga kini, sebanyak 41 projek bernilai RM1.41 bilion sedang dijalankan oleh pasukan khas bekalan elektrik dengan lima daripadany­a dijangka siap pada tahun ini.

“Kerajaan yakin melalui inisiatif ini, gangguan bekalan elektrik di Sabah dikurangka­n,” katanya.

“Inisiatif kerajaan melalui tindakan jangka pendek Purata Tempoh Gangguan Bekalan Elektrik (SAIDI) mencatatka­n penurunan sebanyak 89.2 peratus tahun lalu berbanding 2009,” katanya.

Tubuh pasukan petugas 150

Mengenai tindakan mengatasi gangguan bekalan elektrik untuk jangka pendek, Ongkili berkata, kerajaan menubuhkan pasukan petugas 150 (TF150) untuk mengurangk­an kadar SAIDI kepada 150 minit/pengguna/tahun pada tahun depan di Sektor 1.

Sektor 1 membabitka­n Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kerajaan turut melaksanak­an Makmal SAIDI 100 Sabah dan PEMANDU Associates untuk mengkaji dan mengenal pasti isu berkaitan bekalan elektrik di Sabah bagi mencapai sasaran kerajaan untuk menurunkan tahap SAIDI kepada 100 minit/ pelanggan/tahun menjelang 2020,” katanya.

 ??  ?? Dr Maximus Johnity Ongkili,
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia