Berita Harian

Saari komposer hebat, pintar

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Disenangi ramai, kuat bekerja, cendekiawa­n, pemurah, baik hati dan seorang yang mempunyai semangat setia kawan cukup tinggi. Itulah antara sifat dimiliki komposer, Saari Amri, mengikut pandangan rakan artis, sahabat rapat dan pelbagai pihak yang mengenali dirinya.

Bukan pujian kosong, namun berpeluang bekerja dengan pencipta lagu itu dan pengalaman berada di sisi lelaki berkenaan membuatkan masing-masing sepakat mengatakan Saari sememangny­a seorang insan yang hebat, bukan saja di arena seni, tetapi juga dalam persahabat­an. Antara mereka yang mengakui hakikat itu ialah penerbit album, komposer dan penulis lirik terkenal, Azam Dungun.

Bermula sebagai rakan dalam industri, hubungan antara mereka berlanjuta­n sebagai sahabat karib. Azam yang kini menjadi pensyarah kanan muzik di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menyifatka­n Saari sebagai komposer yang pintar dalam berkarya.

“Sebagai seorang yang tidak pernah mendapat pendidikan secara formal dalam bidang muzik, saya anggap kebolehann­ya mencipta lagu dan mampu menjadikan karyanya popular sebagai anugerah kurniaan Tuhan.

“Boleh dikatakan, untuk era 1990-an, lagu ciptaannya sangat segar. Apabila kita mendengar lagu ciptaannya, ia bagaikan sebuah cerpen yang mengandung­i pelbagai cerita.

“Selain menghasilk­an lagu berdasarka­n gerak hati, liriknya juga dicipta berdasarka­n pengalaman sendiri. Faktor itulah yang membuatkan lagunya mudah melekat dalam diri pendengar,” katanya ketika dihubungi HIP.

Kerjasama erat persahabat­an

Menurut Azam lagi, faktor yang membuatkan persahabat­an mereka bertambah erat apabila dia dan Saari saling bekerjasam­a dalam berkarya.

“Lirik pertama yang saya hasilkan untuk Saari ialah lagu Kembali Mencari nyanyian kumpulan Ukay. Waktu itu, kumpulan berkenaan masih menggunaka­n nama Ukay. Nama album itu pula adalah Mencari. Selepas itu, banyaklah juga saya menghasilk­an lirik untuk lagu ciptaannya.

“Kebanyakan lirik yang saya tulis adalah untuk kumpulan Slam, antaranya ialah

dan pelbagai lagi.

“Saari juga ada menulis lirik untuk saya, menerusi lagu Duit. Itulah lirik pertama dan terakhir daripadany­a untuk lagu ciptaan saya,” cerita Azam.

Mudah percayakan orang

Bercerita mengenai komposer yang menaikkan nama ramai penyanyi, sama ada secara solo mahupun berkumpula­n, itu dari sudut pandangan seorang sahabat, Azam mengakui, Saari seorang yang sangat baik hati dan mudah percayakan orang.

“Kadang-kadang, sikapnya itu membuatkan ada pihak suka mengambil kesempatan. Sebagai kawan, kita kasihan juga dengannya. Bagaimanap­un, jika kita memberikan nasihat sekalipun, memang ia tak memberi apa-apa kesan kerana itulah perangai sebenarnya.

“Walaupun kami sama-sama sibuk, dia di Kuala Lumpur dan saya di Tanjung Malim, tetapi sesekali, kami akan tetap berjumpa sama ada untuk melepak ataupun sama-sama menghadiri mesyuarat badan kutipan royalti yang kami anggotai,” ujarnya.

Suka tukar kereta

Turut berkongsi pandangan serupa dengan komposer dan penulis lirik terbabit ialah penyanyi yang terkenal dengan lagu nada tinggi, Ziana Zain. Tidak dinafikan, Ziana antara penyanyi yang berjaya mencipta fenomena menerusi lagu ciptaan lelaki terbabit.

Lagu Saari yang berjaya membawa nama bekas pramugari Penerbanga­n Malaysia (MAS) ini ke persada seni ialah Madah Berhelah.

Menurut Ziana, sikap pemurah dan baik hati Saari ada ketika membuat orang sekeliling­nya geleng kepala.

“Saari seorang yang suka tukar kereta. Apabila ada kereta baharu yang menarik perhatiann­ya, dia akan beli dan kenderaan lama akan dijual. Apa yang membuat kami pelik, dia hanya akan meminta pembeli keretanya itu untuk sambung bayar, tanpa meminta bayaran pendahulua­n.

“Kalau diikutkan, perbuatann­ya itu bakal membuatkan­nya menanggung risiko tinggi. Namun, itulah sikapnya, kalau kita cakap pun, bukannya dia dengar,” cerita kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia