Berita Harian

Hetty mahu Siti jaga kandungan

Legenda Indonesia minta penyanyi Aku Bukan Malaikat banyak berehat

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Dua tahun lalu, pada bulan yang sama, dua penyanyi hebat ini pernah berkongsi pentas untuk menjayakan sebuah konsert. Ahad lalu, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang, dan bintang kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kembali bersua.

Kali ini, pertemuan dua penya nyi hebat itu berlangsun­g secara eksklusif di kediaman Siti di Bukit Antarabang­sa, Ampang.

Tiada solekan tebal ataupun baju penuh perincian bergemerla­pan, sebaliknya sesi itu menyaksika­n keduaduany­a tampil santai sambil bersembang mengenai kisah kehamilan Siti yang kini memasuki usia lima bulan.

Menurut Hetty, saat mendapat perkhabara­n temannya itu berbadan dua, hatinya bagai digarugaru untuk bertemu dengan penyanyi Aku Bukan Malaikat berkenaan.

Lengkap sebagai wanita

Menyifatka­n dirinya seperti seorang ibu dan kakak kepada Siti, Hetty, 60, mengakui berita itu sangat mengujakan dirinya, apatah lagi mengetahui itulah juga saat yang diidamkan isteri kepada tokoh korporat, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Bagi saya, apabila Siti hamil, bermakna lengkaplah kehidupann­ya sebagai wanita. Apabila membaca berita kehamilann­ya, sudah tentu saya gembira.

“Pada awalnya, saya mahu menghantar ucapan tahniah menerusi aplikasi voice note, namun rasa tak manis pula.

“Kebetulan, setiap minggu saya akan ke Kuala Lumpur kerana tugas, jadi saya kena cari masa untuk bertemunya. Sama ada dia terima atau tidak kehadiran saya, saya tak kisah. Janji saya dapat berjumpa dengannya,” ujar Hetty.

 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] ?? Siti disuap kek oleh Hetty pada lawatan kejutan ke kediamanny­a di Bukit Antarabang­sa, baru-baru ini.
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN / BH ] Siti disuap kek oleh Hetty pada lawatan kejutan ke kediamanny­a di Bukit Antarabang­sa, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia