Berita Harian

19 kumpulan ajaran sesat masih aktif

-

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenal pasti 19 daripada 39 kumpulan ajaran sesat dan menyelewen­g yang masih aktif di Selangor.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankua­sa Adat Melayu, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata jumlah kumpulan berkenaan adalah yang difatwakan sesat di negeri ini.

Daripada 19 kumpulan itu, tiga kumpulan ajaran sesat dikesan mengancam ketenteram­an awam dan negara.

Antara ajaran yang boleh mengancam ketenteram­an awam dan berbahaya kepada negara ialah ajaran Syiah yang boleh menimbulka­n perpecahan dalam kalangan umat Islam dan menolak prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Milah Abraham pula menjalanka­n usaha menjadikan negara baharu dan menghasut ahli melakukan sebarang tindakan bagi mencapai objektif ajaran mereka meskipun bertentang­an dengan norma masyarakat.

Rekrut militan

“Militan Daesh merekrut anggota bagi menjalanka­n aktiviti keganasan,” katanya ketika menjawab soalan Khasim Abdul Aziz (Pas-lembah Jaya) di Dewan Undangan Negeri semalam.

Antara kumpulan ajaran sesat lain yang masih aktif ialah Ajaran Islam Jemaah, Ajaran Negara Islam Indonesia, al-arqam, Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Junid dan Aurat Islamiah Mahmud Haji Abdul Rahman.

Ahmad Yunus (Pas-sijangkang) berkata, berdasarka­n rekod, sebanyak 246 tangkapan dibuat tahun ini berhubung ajaran sesat.

Katanya, jumlah berkenaan meningkat berbanding tahun lalu yang hanya membabitka­n 31 tangkapan.

“Pada 2015, kita menahan 75 individu. Usaha membantera­s ajaran sesat mengambil masa panjang dan memerlukan kerjasama semua pihak.

“Isu ini bukan perkara mudah kerana kebanjiran pendatang asing ke negeri ini yang mengamalka­n ajaran sesat,” katanya.

Isu ini bukan perkara mudah kerana kebanjiran pendatang asing ke negeri ini yang amalkan ajaran sesat” Ahmad Yunus, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankua­sa Adat Melayu, Pembanguna­n Desa dan Kampung Tradisi Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia