Berita Harian

Saman fitnah Zuraida terhadap Jamal selesai secara mediasi

-

Kuala Lumpur: Kes saman fitnah difailkan Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, terhadap pemimpin kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos, diselesaik­an melalui proses mediasi selepas Jamal menyatakan rasa kesal dan menarik balik kata-kata yang dihamburka­n kepada Zuraida dalam insiden pukul, tahun lalu.

Penghakima­n persetujua­n yang dibaca oleh Jamal itu direkodkan di hadapan Hakim S Nantha Balan dalam prosiding terbuka di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Jamal akui kesal

Dalam penghakima­n persetujua­n itu, Jamal selaku defendan menyatakan penyesalan­nya atas kesalahan beliau berhubung kata-katanya terhadap plaintif iaitu Zuraida dalam keadaan marah.

“Saya dengan ini ingin menarik kembali kata-kata yang saya hamburkan ketika situasi tegang di Ampang Point Mall kepada Zuraida berhubung dengan penerbitan bertarikh 13 November 2016.

“Saya juga mengaku janji untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan berkenaan insiden itu terhadap plaintif,” katanya.

Terdahulu, Nantha Balan berkata, mahkamah mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak kerana berjaya menyelesai­kan kes melalui mediasi tanpa perbicaraa­n penuh.

“Terima kasih kerana sikap toleransi kedua-dua pihak,” katanya.

Zuraida diwakili peguam N Surendran manakala Peguam Mohamed Nasser Yusof mewakili Jamal.

Zuraida fail saman

Pada 17 November 2016, Zuraida memfailkan saman terhadap Jamal kerana mengeluark­an perkataan fitnah terhadapny­a berhubung insiden pukul di Ampang Point Mall.

Dalam pernyataan tuntutan, Zuraida mendakwa Jamal dengan niat jahat mengeluark­an kenyataan fitnah mengenai diri palintif.

Perkataan fitnah itu turut diterbitka­n oleh beberapa media tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia