Berita Harian

MCIA sasar 585 kapal persiaran singgah Malaysia 2018

-

Persatuan Industri Pelayaran Malaysia (MCIA) menyasar sebanyak 585 buah kapal persiaran akan singgah di Malaysia pada tahun depan, meningkat 25 peratus berbanding tahun ini.

Presidenny­a, Datuk Rashid Khan, berkata untuk tahun ini, bilangan kapal persiaran yang singgah ke Malaysia dijangkaka­n sebanyak 468 buah.

Katanya, pertambaha­n sebanyak 117 buah kapal persiaran itu sebahagian besarnya akan dipacu oleh peningkata­n kehadiran pelancong dari China.

“Persatuan akan menganjurk­an Sidang Kemuncak Pelanconga­n Pelayaran Asia Tenggara di Haikou, China pada 14 Disember ini.

“Sidang kemuncak selama empat hari ini akan dihadiri ramai peserta dalam industri pelanconga­n termasuk dari syarikat pelayaran ternama seperti Princess Cruises, Genting Cruise Lines, Costa Cruises, Sipversea Cruises dan MSC Cruises.

“Kita yakin penganjura­n sidang kemuncak yang julung kali diadakan ini akan menarik minat ramai pelancong dari China dan sekali gus menjana sumber pendapatan baharu kepada industri pelanconga­n Malaysia khususnya industri pelayaran,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran MCIA di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah.

Tingkat kemudahan di pelabuhan

Sementara itu, Rashidi berkata, pihaknya mengharapk­an industri pelayaran negara akan berkembang lebih maju selepas penubuhan MCIA.

Katanya, industri pelayaran mempunyai potensi besar untuk dikembangk­an dengan tahun lalu ia menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada industri pelanconga­n negara daripada jumlah keseluruha­n RM82 bilion.

“Bagi membawa industri ini lebih ke depan, kita akan cuba membantu dengan menyediaka­n kemudahan yang lebih lengkap di pelabuhan supaya sesuai untuk kapal persiaran berlabuh.

“Kita faham ketika ini pelabuhan di sini kebanyakan­nya tidak sesuai untuk digunakan oleh kapal persiaran kerana lebih menumpukan kepada perkhidmat­an kapal kargo.

“Namun, sudah ada pelabuhan seperti Pelabuhan Klang yang sudah membina terminal khas untuk kemudahan kapal persiaran berlabuh, begitu juga dengan pelabuhan di Melaka Gateway yang kini sedang dalam pembinaan,” katanya.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] ?? Rashid (dua dari kanan) memberikan cenderamat­a kepada Rashidi sambil diperhatik­an oleh Timbalan Presiden MCIA, Lim Chee Tong (kiri) pada majlis pelancaran MCIA di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/BH ] Rashid (dua dari kanan) memberikan cenderamat­a kepada Rashidi sambil diperhatik­an oleh Timbalan Presiden MCIA, Lim Chee Tong (kiri) pada majlis pelancaran MCIA di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia